Quantcast
Channel: Catatan Pak Mail
Viewing all 191 articles
Browse latest View live

Salam disambut herdikan

$
0
0

Segala puja dan puji milik Allah swt yang Maha Mengetahui (Al’Alim) akan segala sesuatu dan Maha Penyantun (Al Halim).

Mengetahuinya Allah swt akan setiap kelemahan hambanya yang bergelar manusia. Maha Penyantunnya Allah swt agar hambanya dapat meminjam sifat santun dalam berinteraksi sesama manusia demi kesejahteraan kehidupan bermasyarakat.

Allah swt Maha Mengetahui, maka dilupakan ingatan saya akan nama seorang pegawai TLDM yang berpangkat Leftenan atau menyamai Kapten di dalam tentera darat yang mengherdik saya apabila saya memberi salam kepadanya suatu waktu dahulu. Saya diherdik dan dimarahi hanya kerana tidak ‘address’ dirinya sebagai ‘tuan’. Beliau inginkan keselamatan dan kesejahteraan itu hanya untuk dirinya sahaja. Maka itu diinginkan juga ucap salam ‘Assalamualaikom, TUAN. Sedangkan di kiri dan kanannya dan disekelilingnya juga berhak menerima salam tersebut.

Siapa di kiri dan kanan beliau?

Siapa lagi kalau bukan malaikat Rakib dan Atid. Rakib di sebelah kiri dan Atid di sebelah kanan setiap manusia.

Allah swt lupakan nama pegawai tersebut dari ingatan saya agar saya tidak menyebut nama beliau di belakang hari demi menjaga akhlak saya dengan tidak membuka aib seseorang. Tentu sekali insiden yang sukar saya lupai ini boleh sahaja membuat saya hilang panduan dan menjaja sikap buruk pegawai tersebut justeru mengaibkan nama beliau walaupun telah puluhan tahun berlalu.

Berbeza sekali dengan sikap seorang pegawai tinggi TLDM yang berpangkat Laksamana Muda atau menyamai  Mej. Jeneral yang saya dan sahabat saya exRO Zul temui baru-baru ini.

Kami baru selesai menunaikan solat fardhu Dzohor berjemaah di Masjid UTM berhampiran Kementerian Pertahanan. Selesai solat sedang kami duduk di anak tangga memakai stoking dan kasut, datang pegawai tinggi ini ke arah kami yang kebetulan meletakkan kasutnya berhampiran kami. Dengan wajah manis sambil tersenyum beliau menegur kami dan memberi salam dan duduk bersama kami. Sambil memakai kasut kami memperkenalkan diri dan berbual seketika.

Walaupun kami baru berkenalan tetapi perbualan kami agak ‘mesra’. Tidak kaku.

Beginilah ciri-ciri sifat seorang pegawai yang akan diingati dengan sikap ramah mesranya walaupun setelah tamat perkhidmatan kelak. Pegawai seperti ini bukan sahaja akan diingati malah akan dihormati di mana sahaja beliau ditemui. Memang tepatlah pantun Melayu,

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Mini Reunion

$
0
0


It has been quite awhile that I have not write about our stay (the MCMV crews) in Italy. In fact, I still have alot more to talk about the happy moments that my friends and I shared together.

Recently, I met some of these friends who were with me in Italy at the Palace of the Golden Horses Hotel. Nik Zainorden, the ‘leading hand’ of an electrical technician onboard KD Jerai then, hosted his daughter’s wedding ceremony. It is also our great pleasure to have known that Nik Zainorden has been conferred a title of ‘Datukship’ few years ago.
From left: Lt Rahman Husain, Ithnin (photographer), Muner, Zulkefli, Salim Jais, Halim Muda
Ramli (Pangkor), Bahaman, Quek Chek Chai, Lt Hassan, CPOERA Abdullah and Yassin.
Among these friends whom I have never met since I left KD Jerai in 1987 only to be posted to the Ministry of Defence are Lt Rahman Husain (XO of KD Jerai), Lt (Dr) Hassan Omar (NO of KD Jerai), CPOERA Abdullah (KD Jerai), LRO Zulkefli (KD Kinabalu), LRST Halim (KD Mahamiru), ABRM Muner (KD Mahamiru) and Ithnin, the navy photographer. I am not too sure of his last rank in the navy.

Also present at the ceremony, Laskamana Madya Dato’ Nordin Md Ali the Deputy Chief of the Navy and his wife. Laksamana Madya Dato’ Nordin Ali is also one the crew members of the MCMV serving onboard KD Mahamiru as an Executive Officer (XO) then.
Laksamana Madya Dato' Mohd Nordin Ali with his wife.
We were very happy and full of joyous celebrating our ‘mini reunion’ on that night, though for a very short period of time. And, we are also very happy to know that some of these friends are enjoying their great and successful career after leaving the navy.

As such, ABRP Ramli (Pangkor) is now the ‘captain’ being incharge for the operation department of the Tasik Cruise Putrajaya. CPOERA Abdullah who was once incharge in the engine room onboard KD Jerai is now one of the ‘big shot’ attached to Exxon-Mobil (Malaysia).
CPOERA Abdullah with his wife.
Captain Ramli (Pangkor) and ABME Nodion
ABRO Quek Chek Chai currently works with one of the electrical company in Muar, Johor as a Manager. LRO Zulkefli runs a trading company businesses with his co-directors.
ABRO Quek Chek Chai
After this unexpected ‘mini reunion’, we are now planning to organise a ‘Reunion’ for all the first MCMV crews on this coming 8th of Dec, 2012 (Saturday) at Lumut initiated by former XO of KD Jerai Lt Rahman Husain. Lt Rahman Husain is assisted by our former coxswain of KD Jerai MCPO Mohd Arshad Abdullah who now resides in Manjung, Perak.

To all members of the first MCMV crews, you are most welcomed to participate and make this event come true. You can make a comment to this blog or email me @ismail_abaziz@yahoo.com. You can also contact former MCPO Mohd Arshad Abdullah for further information.

And, as for further writings about my experienced in Italy not too long ago, Insya’Allah, I will write soon.

Ibrahim Bin Ali

$
0
0

Nama Ibrahim bin Ali merupakan satu nama yang cukup terkenal di dalam arena politik tanahair kita. Sebut sahaja nama tersebut, pasti mereka yang gemar mengikuti senario politik negara akan mengenalinya. Beliau tidak lain dan tidak bukan iaitu satu-satunya Ahli Parlimen kawasan Pasir Mas, Kelantan.

Namun nama yang saya maksudkan di dalam entri kali ini  bukanlah tokoh politik tersebut. Orang yang saya maksudkan ialah sahabat saya yang kebetulan mempunyai nama yang sama, berasal dari Melaka. Sahabat yang sama-sama menyertai TLDM pada tahun 1977.
Bersama Ibrahim Ali
Saya tidak pasti berapa lama saya telah tidak menemui beliau. Hanya Allah swt jua yang Maha Mengetahui. Mungkin lebih 20 tahun. Atau mungkin juga lebih 30 tahun.

Sewaktu saya berkunjung ke rumah 806912 LRO Zainol di Muar pada bulan Mei yang lalu, beliau telah menghubungkan saya dengan Ibrahim melalui telefon bimbitnya. Saya berbual dengan Ibrahim seketika, namun saya tidak dapat gambarkan siapakah Ibrahim ini kerana saya langsung tidak dapat mengingatinya. Puas juga saya memikirkan dan cuba mengingati wajah beliau, namun ingatan ini tidak dapat  jua kembali.

Setelah beberapa hari atau beberapa minggu dengan pertolongan Allah swt, perlahan-lahan ingatan saya tentang rakan-rakan TLDM sewaktu menjalani latihan rekrut di Sembawang, Singapura muncul kembali. Ingatan terhadap Ibrahim juga jelas kini.

Dua bulan lepas iaitu pada tanggal 16hb Sept, 2012 sewaktu saya melayari facebook, saya terlihat nama 'Ibrahim Ali' membuat beberapa komen dengan beberapa nama lain yang saya kenali seangkatan dengan saya ketika di dalam TLDM. Lalu saya melihat pula 'cover page' facebook beliau. Namun, saya masih tidak lagi berapa pasti kerana gambar beliau agak tidak sama sewaktu masih muda dahulu.

Untuk lebih kepastian saya 'add' beliau sebagai sahabat di dalam facebook. Kebetulan beliau sedang di dalam talian. Maka dapatlah kami 'chat' bersama seketika menerusi facebook. Memang benar beliau adalah orangnya yang saya pernah berbual menerusi telefon bimbit di rumah Zainol sewaktu berada di Muar beberapa bulan dahulu.

Alhamdulillah. Allah swt telah menghubungkan kami semula. Saya masih ingat sewaktu di dalam TLDM kami sering berbual dan bertegur sapa apabila bertemu walaupun tidak seakrab seperti rakan-rakan sama 'branch'.

Setelah kami mendapat nombor telefon bimbit masing-masing, kami sering menghubungi antara satu sama lain untuk bertanya khabar serta juga perihal kawan-kawan lain.

Pada tanggal 15hb Okt yang lalu, sewaktu beliau di dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang, beliau telah cuba menghubungi saya untuk bertemu seketika. Namun, kerana beberapa halangan tertentu kami belum lagi dapat bertemu.

Sekali lagi pada tanggal 1hb Nov yang lalu, sewaktu di dalam perjalanan ke Kuantan beliau telah menghubungi saya sehari sebelum itu untuk menemui saya. Dengan izin Allah swt, pada hari tersebut kami dapat bertemu setelah sekian lama tidak bersua. AllahuAkbar.

Oleh kerana kesuntukan masa, kami sekadar dapat bertemu selama lebih kurang setengah jam sahaja. Dalam pertemuan singkat itu, saya merasa sangat gembira kerana dapat bertemu rakan lama dan pada waktu yang sama saya juga merasa agak sedih kerana dimaklumkan oleh beliau bahawa beberapa rakan baik yang mahupun pernah bertugas di dalam satu kapal atau pun sekadar bertemu, berbual dan bermesra seketika dahulu telah pulang ke rahmatullah.

Antara yang telah mendahului kita ialah Hashim ME (orang Johor kalau saya tidak silap). kecil orangnya yang pernah bertugas bersama saya sewaktu di KD Ledang (CMS) pada tahun 1978.
Allayarham Hashim (Barisan tengah, nombor 7 dari kanan)
Begitu juga dengan seorang lagi ME Zuki yang berasal dari Derga, Alor Setar, Kedah. Orang yang sentiasa senyum apabila bersua. Orang yang seringkali juga dipanggil 'Luncai' oleh GI (Gunnery Instructor) kerana gelagatnya sewaktu di padang kawad. Masih juga tersenyum walaupun setelah di'dera' oleh GI.

Seorang lagi ME Zaki. Allahyarham Zaki pernah belajar satu kelas dengan saya di dalam darjah enam sewaktu sama-sama bersekolah di Sekolah Rendah Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur pada tahun 1969. Kami berdua bertemu kembali setelah tamat sekolah darjah enam ketika bertemuduga pengambilan rekrut TLDM di salah sebuah sekolah di Banting, Selangor. Seterusnya setelah kami berjaya pada temuduga tersebut dan bersama kami menjalani latihan rekrut di Sembawang, Singapura.

Seorang lagi sahabat yang saya tidak dapat melupai beliau ialah Allahyarham Mohd Khir dari 'branch' setor yang berasal dari Kedah. Beliau mempunyai gelagat tersendiri di padang kawad yang mungkin membuatkan sebilangan besar dari rekrut pengambilan 129/77 tidak dapat melupainya. Namun demikian, orangnya amat baik dan peramah.

Inilah antara beberapa sahabat lama yang baik yang telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya di dunia yang fana' ini. Semuga mereka ini diampuni dan dirahmati oleh Allah swt serta juga dimasukkan dari kalangan orang-orang yang diredhaiNYA.

Kepada saudara Ibrahim Ali, saya berharap persahabatan kita akan mesra dan kekal berpanjangan. Dan juga semuga kita dari rekrut pengambilan 129/77 akan dapat bertemu semula untuk terus menjalin hubungan silaturahim kerana Allah swt.

Nota kaki: ME - Mechaninal Engineering


Bread Story

$
0
0

Recently, I came acrossed a brand new bread product by the named of Massimo. One can clearly tell that the name Massimo is an Italian name. This name in relating to bread made me remember the problems  that we have had in Italy to consume it.

Buying a bread in Italy or in France is quite a problem for us as a muslim. We have to read at the listed content of the ingredient carefully. We have to make sure that no 'strutto' or 'maiale' is added or blended together with the bread.

Strutto and maiale are two Italian words. Strutto is a lard (lemak babi), while, maiale means a pig. Most packed bread contain strutto and is listed clearly. Some, lists as 'maiale' which also meant for lard.

But, what about french sticks, croissant, swiss roll, doughnut and such alike. It comes in loose item with no information about the ingredient. Well, you think for yourselves whether to take it or disregard it.

At the Charles De Gaulle airport, Paris, for the first time, we (among the MCMV crews) are in transit to Italy, after having a very long flight from Kuala Lumpur. Feeling very tired and hungry, we went 'hunting' for food. There was a row of shops, including few cafes. On the table, there are bunch of cute little french sticks in a small basket. We ordered drinks from the waiter. There was nothing else like nasi lemak or roti canai.

I ordered a black coffee. Like a typical kampung lad, I dipped the french stick in to the coffee and devoured, not realise that perhaps the french sticks contain the so-called strutto.

May Allah swt forgive us for the sins that we have had done unintentionally and unknowingly.

Amin.....

But, that was almost 28 years ago. Time changed, people also changed. And even the social environment of these countries has changed tremendously due to the influx of the muslim community to the European world. In a way, this phenomenon has helped other muslims to overcome the issue of acquiring and consuming halal food. Muslims operating restaurant and/or opening groceries shops are everywhere, if not abundant, I supposed.

What more excuses do we have????

Yet, again, this predicament is only faced by muslims who are really concerned over the issue of halal and haram.

Dua Sahabat TLDM

$
0
0

Seperti biasa apabila seseorang anggota TLDM yang bertukar masuk ke kapal menggantikan seseorang lain yang bertukar keluar dari kapal, mereka akan mengambil dan menyerah tugas antara satu sama lain.

Baru-baru ini saya menemui dua orang sahabat lama di dalam TLDM. Seorang sahabat mengambil alih tugas dari saya sewaktu bertugas di KD Ledang (CMS) pada tahun 1979 iaitu saudara Zainuddin yang sama-sama masih lagi di dalam tugasan on-job training (OJT) ketika itu.

Saudara Zainuddin memberitahu saya bahawa beliau masih ingat lagi ketika saya menyambut 'kit bag' beliau dari atas dek melalui 'hatch' sewaktu pertama kali tiba di kapal tersebut.

Bagi anak-anak kapal yang pertama kali bertugas di kapal ini, mungkin akan mengalami sedikit kejutan budaya hidup. Seperti suasana kerja, suasana berebut untuk mandi di pagi hari dan juga suasana bersarapan pagi sewaktu kapal bertambat di jeti.

Masalah suasana kerja tidaklah begitu serius. Hanya untuk menyesuaikan diri mengendalikan segala pekerjaan di dalam kapal.

Persoalan mandi agak sedikit serius, kerana bilik mandi untuk anggota lain-lain pangkat rendah hanya satu sahaja. Masalahnya, anak-anak kapal bujang bangun dari tidur sepuluh minit lagi sebelum beratur. Apa lagi, masing-masing bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Ramai yang tidak mandi pagi, terus naik atas dek untuk 'fall in'.

Manakala soal sarapan pagi pula, anak-anak kapal bujang sering merungut kerana sarapan pagi sering habis. Mereka mendakwa sarapan pagi di'tibai' juga oleh anak-anak kapal yang telah berkahwin.

Suasana yang paling mengharukan ialah seringnya 'air-cond' mengalami kerosakan. Kadangkala bukan sehari atau dua, tetapi sehingga berminggu-minggu. Bayangkan, bekerja di perut kapal yang tiada penghawa-dingin. Berlengas seluruh badan dan bekerja dengan keadaan tidak selesa.

Saya telah alami suasana seperti ini di kapal yang diperbuat daripada kayu iaitu kapal penyapu periukapi (CMS) yang juga merupakan kapal yang pertama saya ditugaskan di dalam TLDM.

Agak 'malang' juga buat diri saya apabila buat kali keduanya saya diarahkan bertugas pula ke kapal yang juga diperbuat daripada kayu, kapal dari jenis yang sama yang telah diubahsuai menjadi kapal hidrografi, iaitu KD Perantau.

Sekali lagi saya menjalani kehidupan sebagai kelasi kapal dengan suasana budaya kehidupan seperti yang terdahulu. Cuma, tanggung jawab saya agak sedikit besar kerana saya bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal-hal komunikasi taktikal, walaupun saya mempunyai seorang 'senior' yang bertanggung jawab secara keseluruhan dalam segala hal 'radio general'. Tidak seperti sewaktu saya bertugas di KD Ledang dahulu.

Seorang lagi sahabat yang saya temui ialah saudara Zaid yang menyerahkan tugas beliau kepada saya pada hujung Disember 1983 sewaktu saya memulakan tugas baru di bot peronda KD Sri Perak.

Saya tidak banyak mengetahui latar belakang beliau secara peribadi. Saya hanya sempat mengenali beliau beberapa hari sahaja sebelum beliau keluar dari KD Sri Perak ke unit baru.

Namun, insiden tenggelamnya bot peronda KD Sri Perak banyak memberi kesan emosi kepada beliau. Ini kerana ramai di antara yang mengalami peristiwa tersebut adalah dari kalangan rakan seperjuangan beliau sewaktu mereka masih bertugas bersama-sama.

Banyak peristiwa suka dan duka diceritakan kepada saya dan saudara Zainuddin di dalam pertemuan ini.

Persamaan yang jelas terhadap kami bertiga ialah, kami semua berhenti setelah 13 tahun berkhidmat dengan pangkat terakhir sebagai ABRO. Kami juga mempunyai beberapa alasan yang sama mengapa kami berhenti setelah 13 tahun perkhidmatan. Alasan yang mungkin juga dimiliki oleh ramai anggota TLDM yang berhenti setelah 13 tahun berkhidmat.

Kini saudara Zainuddin menjalankan perniagaan membaiki alat hawa-dingin kereta. Manakala saudara Zaid pula bekerja dengan Petronas. Masing-masing gembira dengan kehidupan yang dilalui hari ini dalam keadaan serba sederhana.
Zaid di kiri bersama Zainuddin di bengkelnya.

Rakan Sebilik

$
0
0


Pada lewat tahun 1979 sehingga pertengahan tahun 1980, empat orang sahabat berkongsi menyewa sebuah bilik belakang rumah tiga tingkat di tepi jalan besar lebih kurang dua kilometer dari Berek TLDM, Woodlands, Singapura. Aku tidak mengingati nama jalan tersebut. Bilik yang selalunya dikhaskan untuk pembantu rumah.
Bilik tersebut berukuran lebih kurang 12 X 16 kaki, berserta sebuah bilik mandi/tandas. Rumah tersebut seperti rumah lama dibina sewaktu zaman pemerintahan British. Bilik ini kami sewa dari CRS Ananda. Aku tidak dapat mengingati nama penuh beliau. Aku difahamkan bahawa beliau juga menyewa rumah ini dari warga Singapura.
Empat sahabat tersebut terdiri daripada JABRG Fathil, JABRP Othman, JABRG Nordin dan saya JABRG Ismail. Fathil dan Othman ialah rekrut dari pengambilan 128. Manakala aku dan Nordin rekrut dari pengambilan 129.
Rekrut dari pengambilan 128 agak kurang bernasih baik kerana rekrut pengambilan 127 merupakan anggota TLDM yang terakhir setelah lapan belas bulan berkhidmat dinaikkan ke pangkat Able (L/Kpl) secara otomatis sekiranya cukup syarat-syarat yang ditentukan.
Mulai dari rekrut pengambilan 128 dan seterusnya, mereka dikenakan syarat baru iaitu mesti berkhidmat empat tahun untuk dinaikkan ke pangkat Able beserta dengan cukup syarat-syarat yang ditentukan. Sementara menanti sehingga empat tahun, mereka diberi sandang pangkat JAB (Junior Able) dari pangkat OD (Ordinary Rating) setelah lapan belas bulan.
                                                     -----------------------------
Pada 31hb Okt, 2011 tanpa aku duga, aku menerima panggilan telefon dari Nordin. Gembira hati ini dapat berbual seketika dengan sahabat yang begitu lama tidak ketahui khabar berita. Mungkin hampir 30 tahun. Nordin memberitahu bahawa beliau mendapat nombor hp aku dari Daljit Singh yang juga rakan satu pengambilan. Setelah itu kami sekadar berhubungan bertanya khabar melalui hp sahaja.
Baru-baru ini pada tanggal 4hb Dis, 2012 setelah lebih setahun hanya sekadar mendengar suara, dengan izin Allah swt kami dipertemukan semula. Kami bertemu di kawasan Masjid India sewaktu Hj. Nordin, isteri dan anak serta cucu dalam perjalanan pulang dari Bangi ke Kedah.
Aku melihat keadaan fizikalnya tidak banyak berubah. Rambut masih hitam. Tubuh badan masih lagi kelihatan sasa. Biarpun usia beliau lebih tua sedikit dari usiaku.
Barangkali inilah kelebihan beliau hidup di desa Durian Burung, Kedah. Kerja bertani di kampung membuatkan beliau hidup sihat. Saban pagi menghirup udara yang bersih dan nyaman.
Tidak seperti hidup di kota. Saban pagi menghirup udara yang tercemar. Saban pagi juga pasti terhidu asap kenderaan yang membawa penyakit. Di tambah pula dengan tekanan ketika mengharungi kesesakan lalu lintas menuju ke tempat kerja.
Sewaktu menyewa bilik bersama dahulu, tidak selalu kami dapat berkumpul. Pasti ada kurang seorang atau dua kerana belayar. Petang hari, atau selepas maghrib seringkali, aku, Fathil dan Nordin akan pergi ke warong makan masakan nasi campur seorang Makcik yang punyai seorang anak dara di Marsilling. Aku tak ingat nama anak dara ini. Orangnya cantik. Kami difahamkan Makcik ini berasal dari Pahang.
Apabila 'order' makanan, yang pasti diminta Nordin ialah telur goreng dadar. Paling kurang diminta lima biji. Pernah tidak cukup lima biji, ditambah lagi beberapa biji. Sehinggakan si anak dara dan ibunya sangat mengenali kami bertiga, walaupun bertemu di tempat lain.
Namun, itu kenangan waktu lalu. Kini, Hj. Nordin hidup di kampung dalam keadaan sederhana dan selesa dengan beberapa ekar tanah pokok getah yang dimilikinya. Beliau mempunyai tiga orang anak di mana dua dari mereka telah tamat pengajian dari universiti dan sudah pun bekerja. Aku difahamkan hanya tinggal seorang sahaja lagi yang masih menuntut di sekolah menengah.
Bergambar bersama Nordin
Apa yang kami harapkan pada usia yang semakin hari semakin terhakis adalah kesihatan yang berpanjangan dan limpahan kurniaan rezeki yang barakah dari Yang Maha Pemberi. Serta yang lebih utama dipimpin dengan petunjuk jalan yang benar dan diredhaiNya.
Amin..........


Hari Yang Dinanti…

$
0
0

Hari Sabtu, 29hb Dis, 2012adalah hari yang mungkin ramai menantinya. Terutama bagi pasangan pengantin baru atau orang lama yang sekali lagi menjadi pengantin baru. Pasti tidak sabar menanti harinya. Hari yang pasti juga menjadi sejarah mereka pada masa hadapan. In syaa Allah.

Namun, hari tersebut turut dinanti juga oleh ramai bekas pegawai-pegawai dan anak-anak kapal dari Skuadron Kapal Penangkis Periukapi, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah bersara dari perkhidmatan.

Satu majlis pertemuan semula iaitu ‘Majlis Reunion Ex-Crew MCMV’ akan diadakan di Dewan Datuk Sidek Shahabudin, KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut mulai jam 12.00 tgh. Mereka pasti menanti-nanti saatnya untuk bertemu teman dan rakan lama setelah begitu lama tidak bertemu.

Pada asalnya majlis ini dirancang khas untuk bekas pegawai-pegawai dan anak-anak kapal dari kru pertama sahaja. Namun, pada mesyuarat kedua, AJK Penyelaras Majlis telah bersetuju untuk membuka majlis ini agar turut disertai oleh semua pegawai-pegawai dan anak-anak kapal yang telah berkhidmat di dalam skuadron ini sejak pentauliahan kapal-kapal terbabit yang terdiri daripada KD Mahamiru, KD Kinabalu, KD Jerai dan KD Ledang. Usul untuk membuka majlis ini kepada bekas warga MCMV telah dicadangkan oleh Laksma (B) Datuk Ramli Samsuddin yang turut hadir pada mesyuarat tersebut yang diadakan di Concorde Hotel, Kuala Lumpur pada 12hb Dis baru-baru ini.
Laksma (B) Datuk Ramli Samsuddin (berbaju merah) sedang memberi pandangan beliau.

Ahli Jawatan Kuasa Penyelaras sedang berbincang
Laksma (B) Datuk Ramli Samsuddin merupakan Ketua Pasukan Projek MCMV sewaktu pembelian kapal-kapal ini oleh kerajaan Malaysia di Itali dahulu.

Pada asalnya juga majlis ini telah dirancang pada tanggal 8hb Dis, 2012. Namun, mesyuarat pertama AJK Penyelaras Majlis yang berkumpul pada 14hb Nov, 2012 untuk membincangkan perkara ini merasakan bahawa tarikh 8hb Dis terlalu hampir dan kesuntukan masa untuk membuat segala persiapan. Oleh itu tarikh 22hb Dis, 2012 telah ditetapkan dan dipersetujui oleh AJK tersebut.
Mesyuarat AJK Penyelaras pertama. Dari kiri: Zainal Maulud, Dato' Nik Zainorden,
Mohd Arshad Abdullah, Pak Mail dan Kdr (B) Abdul Rahman Husain.
Keesokan harinya, perkara ini telah disampaikan kepada Datuk Ramli yang juga bertindak sebagai Penasihat dan Penaung. Tarikh baru ini juga terpaksa ditunda sekali lagi kerana Datuk Ramli tidak dapat hadir atas urusan pekerjaan beliau yang sangat padat pada minggu tersebut. Beliau telah mencadangkan majlis tersebut diadakan pada tanggal 29hb Dis, 2012.

Pelbagai perkara telah dibangkitkan dan dibincangkan di dalam mesyuarat kali kedua. Antara isu penting ialah untuk mendapatkan dana bagi menjayakan majlis ini.

Datuk Ramli sendiri, secara peribadi telah bersetuju untuk menderma RM2,000. Saudara Zulkifli Ismail juga akan cuba mendapatkan sumbangan dari rakan niaga beliau seberapa banyak yang mungkin. Begitu juga dengan AJK yang lain akan cuba mendapatkan dana dari sumber-sumber yang mereka merasai boleh diperolehi.

Kdr (B) Abdul Rahman Husain selaku Pengerusi majlis ini menganggarkan bahawa RM15,000 diperlukan bagi menjayakan majlis ini dengan kehadiran seramai lebih kurang 500 warga MCMV beserta keluarga.

Pada mesyuarat pertama, AJK Penyelaras telah bersetuju untuk mengenakan bayaran sebanyak RM10.00 setiap orang dewasa bagi menampung perbelanjaan makanan dan minuman. Namun, atas saranan Datuk Ramli supaya tiada bayaran dikenakan maka bayaran tersebut telah dibatalkan.

Berikut adalah aturcara ringkas yang telah dirancangkan.

12.00 tgh     - Pendaftaran
12.45 tgh     - Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis
                  - Ucapan aluan oleh Laksma (B) Datuk
                     Ramli Samsuddin
                  - Bacaan Doa
1.00 tgh       - Jamuan tengahari
                  - Lawatan ke kapal MCMV
                  - Tayangan slaid gambar-gambar
                     kenangan sewaktu di Itali
                  - Minuman petang sambil berhibur
                     bersama Gelombang Biru

Majlis dijangka selesai pada jam 6.00 petang.

PakMail: Apa yang saya harapkan ialah agar semua bekas pegawai dan anggota warga MCMV yang hadir kelak akan dapat merasai suatu nikmat kegembiraan kerana dapat menemui sahabat lama mereka. Biarpun satu ketika dahulu mereka pernah berselisih faham, maka pada hari pertemuan itu nanti diharapkan agar mereka dapat menemui satu titik persefahaman yang membawa kepada kedamaian. Justeru, agar tali persahabatan sesama kita semua dapat dipereratkan lagi dan tidak sekadar habis pada hari pertemuan tersebut sahaja. In syaa Allah.

MCMV – Mine Counter Measure Vessel

Tayangan Gambar Kenangan

$
0
0

Hanya beberapa hari sahaja lagi, kita akan memasuki tahun baru 2013, in syaa Allah, dan akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2012.

Alhamdulillah, aku gembira tahun ini. Allah swt Maha Penyayang. Tidak seperti tahun 2011, aku dalam kesedihan kerana kehilangan anak yang aku sayangi. Diganti pula dengan sedikit kegembiraan buat mengubati kedukaan apabila ditemukan dengan ramai rakan-rakan lama, khususnya rakan-rakan di dalam TLDM. Dan, in syaa Allah, hujung minggu ini, dengan izinNYA jua, aku akan dapat bertemu lebih ramai lagi rakan-rakan lama di dalam ‘Majlis Reunion Ex-crew MCMV’ di Pangkalan TLDM, Lumut.

Kelmarin, aku menerima beberapa album gambar kenangan milik Dato’ Ramli Samsuddin melalui Kdr (B) Abdul Rahman Husain. Album-album tersebut diambil sendiri oleh bekas juragan KD Jerai Mohd Arshad Abdullah dari Dato’ Ramli. Gambar-gambar kenangan ‘Pasukan Projek MCMV’ yang kesemuanya melebihi 200 keping gambar.

Sebelum itu, pada hari yang sama aku juga telah mengambil 26 keping gambar dari saudara Idrus, bekas BMPBS KD Mahamiru. Di dalam majlis ‘reunion’ itu nanti aku ditugaskan untuk membuat tayangan slaid akan gambar-gambar sewaktu kami berada di Itali dahulu.

Sedikit kebimbangan di hatiku apabila mempersembahkan tayangan slaid ini nanti. Gambar agak tidak jelas. Blur. Ini kerana gambar-gambar tersebut adalah hasil dari imbasan mesin pengimbas. Maka mutu gambar tersebut tidak akan menjadi gambar seperti yang diambil dari kamera digital.

Walau apa pun, itu yang terbaik dapat aku buat. Hasil dari seorang ‘orang tua’ yang tiada mempunyai latar belakang pengajian IT. Mudah-mudahan Allah swt permudahkan urusanku ini nanti. Amin...

Majlis Reunion Ex-Crew MCMV

$
0
0

Sharing with you among the happiest moments of my life.


Majlis Reunion ExMCMV Crew - Bertemu dan Berpisah

$
0
0

Berlalulah sudah majlis pertemuan bekas pegawai-pegawai dan anggota-anggota TLDM dari Skuadron Kapal Penangkis Periukapi (MCMV) yang telah berlangsung di Auditorium M. Sidek Shabudin atau lebih dikenali dengan nama Dewan Datuk Sidek Shabudin yang terletak di KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut pada 29hb Dis, 2012 baru-baru ini.

Pertemuan ini amat bermakna bagi kami. Khusus dari kalangan pegawai-pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang pertama berkhidmat di dalam skuadron ini sejurus setelah siap dibina, ditauliahkan dan dibawa pulang ke tanah air.

Mereka yang hadir kelihatan sungguh gembira apabila bertemu rakan-rakan lama setelah sekian lama tidak berjumpa. Hanya Allah swt jua yang Maha Mengetahui bagaimana perasaan mereka ketika itu.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat Allah swt yang telah mempertemukan kami semula agar dapat terus mempereratkan tali silaturahim sesama kami. Program ini berjalan dengan lancar dan dianggap berjaya, walaupun secara peribadi saya merasai sedikit kecewa kerana harapan untuk melihat kehadiran yang lebih ramai tidak tercapai. Saya difahamkan mereka yang mengetahui mengenai program ini dan tidak dapat hadir agak ramai. Oleh kerana mereka mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan, maka mereka tidak dapat hadiri.

Dari bilangan lebih kurang 180 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dari kru pertama hanya 50 orang sahaja yang hadir bersama keluarga. Dan dari kalangan bekas kru MCMV yang bukan kru pertama hanya lebih kurang 20 orang hadir bersama keluarga mereka. Keseluruhan kehadiran saya anggarkan melebihi 250 orang. Ini kerana saya dapati bilangan purata setiap keluarga yang hadir melebihi 3 orang.

Saya difahamkan bahawa ada sekurang-kurangnya sepuluh rakan dari kalangan kami yang diketahui telah meninggal dunia. Begitu juga terdapat beberapa rakan yang lain dalam keadaan tidak sihat menyebabkan mereka juga tidak dapat hadiri majlis ini.

Walaupun demikian, rata-rata mereka yang hadir mengatakan bahawa mereka merasa cukup gembira dan berpuas hati dapat bertemu rakan-rakan lama, biarpun sebilangan kecil dari mereka terpaksa memandu jauh dari pantai timur atau pun selatan tanah air. Malah ada di antara mereka yang datang dari Kelantan atau Terengganu sanggup mengambil cuti kerja semata-mata untuk menemui rakan-rakan yang telah lama terpisah dan tidak ketahui khabar berita.

Apa pun saya berharap pada pertemuan akan datang lebih ramai lagi akan dapat hadir. In syaa Allah. Kepada mereka yang hadir di majlis ini diucapkan ribuan terima kasih kerana melapangkan waktu dan memberi sokongan bagi menjayakan program ini.

Menerusi halaman blog ini, saya bagi pihak AJK penaja majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma budiman yang telah menghulurkan segala bentuk sumbangan sama ada kewangan atau pun dari segi ‘material’ bagi menjayakan majlis ini.

Begitu juga kepada Puan Mashitah anak kepada bekas juragan KD Jerai PW1 Mohd Arshad Abdullah, dari Syarikat Persada Plus yang telah menyumbang 2 helai ‘banner’ dan 80 unit bag ‘toiletries’ untuk dihadiahkan kepada para tamu.

Setinggi terima kasih juga, kami ucapkan kepada Lt Kdr Sarkinin dari Markas Bantuan TLDM, Lumut yang telah banyak membantu membuat segala persiapan serta menyediakan kemudahan-kemudahan seperti banner, backdrop setting, peralatan tayangan slaid, makanan dan minuman, pengangkutan bagi lawatan ke kapal-kapal dan lain-lain bantuan lagi. Begitu juga kepada Presiden Mes Committee (PMC) yang telah memberi kerjasama dengan membenarkan sebahagian dari kami menggunakan Mes Samudera bagi pegawai dan Mes Bintara bagi anggota lain-lain pangkat untuk bermalam di kediaman tersebut serta kemudahan pas keluar dan masuk pangkalan.
Lt Kdr Sarkinin berbaju hitam bersama bekas PWI KMT Jamaluddin.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada Laksma (B) Dato’ Ramli Samsuddin, Dato’ Nik Zainorden bin Nik Mohammad,  Kdr (B) Phoon Wee Ching serta beberapa penderma individu lain yang telah menyumbang dari aspek kewangan dan ‘material’.

Hanya Allah swt jua yang dapat membalas budi baik mereka.

PakMail: Secara peribadi, saya ingin ucapkan terima kasih juga kepada AJK Penaja Majlis ini yang terdiri daripada bekas jugaran KD Jerai Mohd Arshad Abdullah, Dato' Nik Zainorden Nik Mohammad, saudara Zulkifli Ismail, saudara Samad Muridon, saudara Arsad Md Rippin, Encik Zack (Akai) dan Encik Yusof kerana telah bertungkus lumus bekerja dan membuat persiapan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar tanpa masalah. Ucapan terima kasih ini juga khusus kepada Kdr (B) Abdul Rahman bin Husain yang telah banyak berkorban waktu dan juga wang ringgit bagi memastikan program ini diadakan.

Alhamdulillah dengan pertolongan Allah swt jua, segalanya berjalan dengan baik dan teratur seperti yang dirancangkan.

Kaunter Pendaftaran
Bekas COB KD Mahamiru saudara Fuad sedang membaca doa.
Dari kiri: Datuk Aziz Sani (Panglima Markas Bantuan), Laksma (B) Datuk Ramli Samsuddin,  TPTL
Laksdya Datuk Nordin Mohd Ali, Datuk Nik Zainorden dan Laksda Datuk Rahman Karim.
Kdr (B) Abdul Rahman Husain sedang menyampai ucapan aluan.
Laksma (B) Datuk Ramli Samsuddin sedang menyampaikan ucapan.
TPTL Laksdya Datuk Nordin Mohd Ali sedang menyampaikan ucapan.
Jamuan tengahari
Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Datuk Nik Zainorden.
Sesi bergambar beramai-ramai.
Bekas anggota-anggota komunikasi MCMV yang hadir.
Di dalam bas acara siri lawatan ke kapal KD Jerai dan KD Kinabalu.
Lawatan ke kapal-kapal MCMV
Bergambar kenangan dari kiri: Nodion, PakMail, Salim Jais, Arsad Ripin dan Yassin.
KD Kinabalu
Bergambar bersama juragan KD Jerai PW Amran
Bergambar bersama dua anggota komunikasi di luar anjungan kapal.
Tiga buah bas yang membawa kami dalam siri lawatan ke kapal-kapal MCMV.

Perginya Seorang Sahabat

$
0
0

Terasa sebak dada ini melihat dan mendengar di hadapan mata seorang ibu membisikkan di telinga anaknya akan kalimah syahadah sebagai tanda kasihnya seorang ibu. Anak yang menderita sakit akibat kanser hati serta penyakit-penyakit kronik lain.
Ibu membisikkan kalimah syahadah .
Saudara 808921 bekas BKTMK Tarmizi adalah sahabat saya sewaktu sama-sama bertugas di Itali bagi membawa pulang kapal KD Jerai pada tahun 1985/86. Beliau seorang sahabat yang agak pendiam, tak banyak bercakap. Patuh pada arahan pegawai dan anggota atasannya.
Gambar tahun 1985/86 di Itali.
Saya telah tidak menemui beliau sejak saya ditukarkan dari kapal ke unit lain pada penghujung 1987. Pada hari Jumaat lalu, saya menerima sms dari Salim Jais menyatakan bahawa saudara Tarmizi sakit kuat di Hospital Seri Manjung dan tidak sedarkan diri. Mendengar berita ini saya bercadang untuk menziarahi beliau dan mengajak saudara Zainal Maulud serta Zainol pada esok harinya.

Dengan izin Allah, pada pagi semalam saya bertolak dari rumah menuju ke Manjong, Perak. Di dalam perjalanan saya singgah ke Rawang untuk mengambil Zainal yang mendiami di sana. Kami melalui jalan Kuala Selangor untuk bertemu pula Zainol yang sedang menunggu di sana bersama rakannya yang menaiki kenderaan lain bersama-sama menuju ke Manjong.

Apa yang membuatkan saya benar-benar ingin menziarahi saudara Tarmizi ialah kerana pada hari kami mengadakan majlis ‘reunion ex-crew MCMV’, saya tiada berkesempatan untuk menziarahinya di rumah kerana kesibukan mengawal-selia majlis tersebut, walaupun saya mengetahui bahawa beliau tidak sihat ketika itu. Hanya saudara Nodion dan Salim Jais beserta keluarga mereka sahaja sempat menziarahi beliau.

Di hospital, bekas coxn KD Jerai saudara Mohd Arshad, Yassin, Bunary dan beberapa sahabat lain sedang menunggu kami. Saya dapati ibu, isteri dan kaum keluarga terdekat saudara Tarmizi masih berada di sisinya. Saudara Tarmizi masih lagi tidak dapat berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya. Beliau dalam keadaan separuh sedar dengan mata masih lagi tertutup. Hanya sekali sekala sahaja membuka matanya, namun masih tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya.

Kami hanya mampu untuk melihat sahaja keadaan beliau yang sedang menderita menanggong kesakitan. Pada suatu ketika terasa sedikit sebak di dada saya melihat ibunya membisikkan kalimah syahadah sebagai tanda mengajar kepada anak yang disayangi untuk terus mengingati Allah swt pada saat-saat menghadapi sakaratul maut. Dan jelas saya dapat mendengar saudara Tarmizi membaca kalimah syahadah di selang seli dengan bacaan takbir, istighfar dan juga doa pendek bacaan iftitah. Selain bacaan-bacaan ini, beliau juga berkata ‘sayang.......sayang’.

Sesungguhnya saya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut (sayang). Namun peristiwa ini membuatkan saya teringat akan satu peristiwa di zaman Rasulullah saw yang telah saya coretkan melalui ‘post’ ini.

Allahu ‘alam.

Hampir satu jam kami berada di hospital ziarahi saudara Tarmizi. Oleh kerana saudara mara dan sahabat handai beliau mulai ramai mendatangi, kami meminta diri untuk pergi. Sebelum pergi kami titipkan derma bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggong oleh waris beliau.

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami singgah di sebuah restoran bagi membincangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan demi kebajikan saudara Tarmizi dan warisnya. Lebih kurang jam 6.00 petang, kami pulang ke Kuala Lumpur.

                                   -------------------------

Sebentar tadi lebih kurang jam 7.32 pagi, saya terima sms dari saudara Arshad PBS menyatakan bahawa saudara Tarmizi telah pulang ke rahmatullah pada waktu subuh. Semuga Allah swt ampuni beliau dan memasukkan beliau di dalam kalangan orang-orang yang diredhaiNYA. Amin....

Liputan Akhbar Majlis Reunion

$
0
0

Akhbar NST bertarikh 18hb Jan, 2013 edisi zon utara telah mengeluarkan sedikit berita mengenai perjumpaan bekas-bekas pegawai dan anggota lain-lain pangkat dari Skuadron Kapal Penangkis Periukapi (MCMV) yang diadakan baru-baru ini.
Keratan akhbar ini diambil dari fb bekas juragan KD Jerai bekas PW1 Mohd Arshad Abdullah.
Secara peribadi saya merasai sedikit berbesar hati kerana usaha kami dari kalangan Ahli Jawatan Kuasa Penganjur mendapat sedikit liputan dari akhbar.

Dengan kejayaan mengadakan majlis perjumpaan seperti ini telah mencetuskan minat dari kalangan skuadron kapal-kapal lain untuk juga mengadakan majlis seumpama ini.

Sehubungan dengan itu secara tidak langsung dengan mengadakan perjumpaan seperti ini rakan-rakan lama dapat dipertemukan bagi mengeratkan lagi tali silaturahim di samping bertukar-tukar fikiran dalam apa jua perjalanan hidup.

Jejak Sahabat TLDM - 8 (Rekrut Intake 129/77)

$
0
0

Semalam aku menghadiri satu majilis perkahwinan anak kepada 806995 bekas BDI Ariffin Mansor, bekas anggota TLDM pengambilan 129/77 di Kampong Pasir, Ulu Kelang, Selangor. Kehadiranku tidak diduga oleh beliau. Walaupun kami tinggal tidak jauh antara satu sama lain, hanya mungkin mengambil masa 10 atau 15 minit menaiki kenderaan, namun kami tidak ketahui bahawa kami tinggal berdekatan.

Majlis ini dimaklumkan kepadaku oleh Ibrahim Ali beberapa minggu yang lalu bagi pihak Ariffin. Ibrahim serta rakan-rakan lain yang juga bekas anggota TLDM dari pengambilan yang sama menungguku di Petronas berdekatan Kampong Pasir.

Mereka yang turut hadir di majlis ini adalah Tahrim, Nazrin Jamaluddin, Bidin, Aziz dan Dato’ Mustafa (Pak Mus). Kesemua mereka ini aku telah tidak menemui lebih 20 tahun termasuk juga Ariffin. Ianya mengambil masa beberapa saat juga untuk aku mengingati kembali wajah-wajah mereka sewaktu di Pusat Latihan Rekrut, Sembawang, Singapura dahulu.

Sesungguhnya ini adalah satu pertemuan yang amat menggembirakan buat kami.

Alhamdulillah, Allah swt mempertemukan kami kembali.

Minggu hadapan pada tanggal 27hb Jan, 2013 ada satu lagi majlis perkahwinan anak sulung kepada 806915 bekas BKKMR Kamarulzaman yang juga merupakan rakan Rekrut Pengambilan 129/77 di Kampong Ibol, Rembau, Negeri Sembilan.

In syaa Allah, bertemu di sana sekali lagi.
Bidin (berkupiah) dan Nazrin
Dari kiri: Tahrim, Bidin dan Nazrin
Paduka Ayahanda Dato' Mustafa (Pak Mus) dan Ibrahim Ali
Pak Mus bersama Ibrahim Ali dan Kdr (B) Zulfakar Rahman
Saudara Aziz berbaju biru dan Pak Mus
Bersama Tahrim di sebelah kananku

Comms Gathering

$
0
0

Sebelum ini saya pernah mencatatkan mengenai pertemuan saya dengan seorang rakan lama bernama Ibrahim Bin Ali. Entri kali ini saya akan catatkan pula mengenai pertemuan saya dengan seorang lagi rakan lama yang juga bernama Ibrahim. Ibrahim Bin Awang @Ibrahim Koprak.
Ibrahim Awang
Koprak ialah nama ‘glamour’nya sejak di dalam TLDM lagi. Saya cuba mencari makna perkataan ‘koprak’ di dalam Kamus DBP, namun tidak menemui perkataan tersebut. Bagaimana beliau mendapat gelaran tersebut saya tidak pasti. Mungkin atas sebab identiti kerana di dalam ‘intake’ beliau bagi cawangan komunikasi terdapat tiga orang yang mempunyai nama yang sama. Dua orang lagi ialah Allahyarham Ibrahim Che Rose dan Ibrahim Mamat.

Memanggil seseorang dengan sesuatu gelaran yang tidak disukai oleh empunya nama tidak baik di sisi Islam dan dilarang sama sekali. Namun saya kira saudara Ibrahim tidak kisah dan barangkali menerima panggilan tersebut dengan redha. Ini kerana saya mendengar sendiri dari mulut beliau ketika memperkenalkan dirinya sebagai ‘Ibrahim Koprak’ kepada seseorang di dalam telefon bimbit.

Saya dipertemukan dengan Ibrahim oleh Ghazali pada 26hb Jan yang lalu di Melaka. Kebetulan saudara Ibrahim yang menetap di Johor Bahru sedang bertugas luar ‘outstation’ di Melaka selama sebulan. Saya pula sedang bercuti hujung minggu dengan isteri. Saya tidak pasti bila kali terakhir kami bertemu tetapi yang pasti begitu lama.

Kami bertemu di sebuah warong di Pelabohan, Melaka lebih kurang jam 11.30 malam. Banyak perkara silam yang kami bual dan mengimbau. Ibrahim memberitahu bahawa beliau sama sekali memang telah banyak terputus hubungan dengan rakan-rakan lama. Hanya beberapa rakan lama sahaja yang ditemui dan masih berhubungan.

Melihat pekerja-pekerja warong sudah mulai berkemas untuk menutup perniagaan kami tiada pilihan melainkan terpaksa beredar. Jam telah melebihi 1.00 pagi.

Di akhir pertemuan Ibrahim sempat mengesyorkan agar satu usaha untuk mengadakan pertemuan rakan-rakan ‘Comms’ dapat diadakan suatu hari nanti. Beliau juga berjanji untuk memberi sedikit sumbangan agar pertemuan ini dapat direalisasikan.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Beberapa hari yang lalu saya dan Ibrahim telah berbual menerusi ‘facebook’. Di dalam perbualan tersebut kami telah sepakat untuk memulakan langkah awal dalam usaha untuk mengadakan pertemuan bekas-bekas anggota komunikasi TLDM bertempat di Melaka. Ini memandangkan ramai rakan-rakan tinggal di kawasan selatan tanah air seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Saya telah pun menghubungi saudara Ghazali dan saudara Haniff agar mereka dapat membantu untuk meninjau lokasi yang sesuai di mana pertemuan ini akan dapat di adakan.

In syaa Allah, dengan izin Allah swt hasrat kami untuk bertemu bagi mengeratkan silaturahim dari kalangan bekas-bekas anggota semboyan akan dimakbulkan.

Perkongsian Maklumat Khusus Buat Warga Veteran ATM


Kursus Usahawan Warga Veteran ATM Tidak Berpencen

$
0
0

Untuk pertama kali setelah lebih dua puluh dua tahun meninggalkan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) saya telah menyertai kursus usahawan bagi bekas warga ATM pada 15hb sehingga 17hb Februari yang lalu selama 3 hari. Kursus bertempat di Pusat Komuniti Bukit Cheras, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur anjuran bersama PERHEBAT dan Koperasi Kebajikan Bekas Tentera Malaysia Berhad yang bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang diberikan secara percuma khusus kepada warga veteran ATM yang tidak berpencen. Elaun kehadiran sebanyak RM50.00 sehari juga diberikan kepada setiap peserta. Tidak ketinggalan sajian makanan dan minuman turut disediakan tanpa bayaran.

Bilangan peserta yang hadir di dalam kursus ini lebih kurang 120 orang. Terdapat juga lebih kurang 10 peserta wanita yang turut mengambil bahagian. Mereka terdiri daripada warga veteran berumur seawal tiga puluhan sehingga ‘hujung usia’. Seorang peserta yang sempat saya berkenalan ialah saudara Abdul Rahman yang telah mencapai ‘hujung usia’ berumur 68 tahun.

Pada kursus ini saya dapati mereka yang mengambil bahagian mempunyai pelbagai tujuan masing-masing. Saya berkesimpulan bahawa sebahagian besar peserta yang mengambil kursus ini adalah kerana ingin melihat peluang-peluang perniagaan yang bakal disediakan oleh pihak penganjur. Ada juga peserta yang hadir bukanlah semata-mata untuk berniaga kelak tetapi hanya untuk mendapatkan elaun yang disediakan sebanyak RM150 pada akhir penutupan kursus. Walau apa pun terserah kepada pendirian masing-masing untuk memanfaatkan peluang dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pertahanan khususnya pihak PERHEBAT.

Namun pada pandangan saya dan beberapa peserta lain tidak begitu berpuas hati terhadap pengisian modiul. Penceramah pertama yang membincangkan soal motivasi amat tidak menyerlah. Intonasi beliau ketika berucap di hadapan peserta kursus kelihatan tidak meyakinkan. Seolah-olah seperti penceramah amatur. Penceramah sekadar membaca sahaja apa yang dipaparkan pada skrin projektor tanpa huraian mendalam yang dapat memberikan semangat kepada peserta untuk menceburi industri perniagaan.

Saya berpendapat ini satu kelemahan pihak penganjur dalam menyediakan penceramah motivasi. Pihak penganjur seharusnya sedar bahawa persembahan awal (first impression) yang meyakinkan oleh penceramah amat mustahak dalam menarik minat peserta untuk terus tetap mengikuti kursus tersebut sehingga selesai. Oleh kerana kelemahan ini seorang peserta India (bekas anggota JLJ) yang duduk di sebelah saya telah ‘menghilangkan diri’ dan tidak meneruskan mengikuti kursus ini sehingga selesai kerana kecewa dengan pengisian modiul.

Persoalannya, apakah pihak penganjur ingin menjimatkan kos dengan mengambil khidmat dari penceramah yang tidak berkelayakan atau bertauliah.

Pada petang hari pertama pula setelah selesai solat Jumaat, pihak penganjur menampilkan seorang lagi penceramah wakil dari Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Encik Kismadi Ishak untuk memberi penerangan tentang pelbagai perkara mengenai penubuhan sesebuah syarikat. Penerangan yang diberikan oleh beliau amat baik. Saya dapati beliau amat berpengalaman dan berpengetahuan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan SSM. Beberapa kemusykilan yang dikemukan kepada beliau oleh peserta kursus dapat dijelaskan dengan baik dan mudah difahami.

Pada hari kedua kursus, pihak penganjur telah menjemput wakil dari Koperasi Kebajikan Bekas Tentera Malaysia Berhad En. Luqman Bin Hassan untuk memberi penerangan tentang peluang-peluang yang boleh peserta kursus perolehi dengan mendaftar sebagai ahli koperasi dan seterusnya melayakkan peserta itu untuk menyertai program Clixster iaitu sebuah produk rangkaian telekomunikasi.

Pada hari kedua ini juga pihak penganjur menjemput peserta-peserta kursus yang mempunyai pengalaman perniagaan tampil ke hadapan untuk berkongsi pengalaman mereka dalam apa jua bidang perniagaan yang telah mereka ceburi. Salah seorang yang tampil ke hadapan ialah Encik Kamal Arifin Bin Mat Isa bekas anggota TLDM. Di dalam perkongsian pengalamannya, beliau telah mengemukakan sedikit masalah teknikal berkaitan pinjamannya dengan pengurusan TEKUN.

Selain saudara Kamal Arifin, seorang lagi peserta Encik Abdul Rahman turut berkongsi pengalaman cara-cara untuk berurusniaga di dalam Bursa Saham Malaysia. Walaupun sesi ini berjalan secara santai namun ianya mendapat perhatian dan menarik minat sebahagian peserta lain yang melontarkan beberapa pertanyaan.

Sesi sebelah petang disambung dengan sekali lagi menjemput Encik Luqman tampil memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai produk Clixster. Seorang lagi peserta kursus yang dikenali dengan nama Encik Puzan dari Syarikat Mainstream Ventures Sdn Bhd turut berkongsi dan memberi peluang perniagaan berkonsep pembiayaan yang dinamakan Al Qardhul Hassan. Sejenis produk memberi pinjaman kecemasan melalui sms.

Pada hari ketiga kursus ini diadakan, pihak penganjur telah mendatangkan seorang wakil dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) untuk memberikan penerangan kepada peserta-peserta kursus cara-cara serta syarat-syarat bagaimana seseorang itu ingin mendapatkan pinjaman.

Di akhir kursus hari ketiga ini para peserta di’anugerahkan’ sekeping sijil penyertaan dan tiga keping wang kertas bernilai RM50.00 kerana meramaikan program ini yang disampaikan oleh Encik Kamaruddin bin Surip seorang pegawai dari PERHEBAT. Saya percaya sekiranya insentif RM150.00 ini tidak diberikan niscaya sepilah dewan Pusat Komuniti Bukit Cheras ini.

Secara peribadi saya berpendapat bahawa kursus-kursus seperti ini yang diadakan oleh pihak-pihak penganjur adalah umpama ‘melepaskan batuk di tangga’ sahaja demi untuk menghabiskan peruntukan sebanyak RM50 juta yang diperuntukkan bagi tahun 2012 yang dikhaskan kepada bekas tentera tidak berpencen.

Namun begitu, saya juga percaya bahawa sekiranya bekas anggota tentera sama ada yang berpencen atau pun yang tidak berpencen diberi pendedahan dan tunjukajar menerusi sesi Program Pembangunan Sosio Ekonomi Veteran ATM di bawah kelolaan Bahagian Pengajian Pengurusan Sekolah IKS, Perhebat yang diadakan selama 6 bulan, besar kemungkinan peserta akan berjaya. Di dalam sesi program ini peserta akan diberi latihan dan tunjukajar bermula dari program ‘incubator’ sehinggalah peserta boleh berdikari.

BR1M 2.0 - Satu Pertikaian

$
0
0

“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang lain, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami”,   Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian BR1M oleh kerajaan Barisan Nasional adalah tidak lebih daripada perumpamaan atau bidalan yang sewajarnya dilihat secara positif. Berbanding dengan firman Allah swt mengenai sebilangan besar manusia yang diberi hati tetapi tidak memerhatikan, diberi mata tetapi tidak melihat (yang tersirat) dan diberi telinga tetapi tidak mahu mendengar (perkara yang baik-baik). Mereka ini dianggap oleh Allah swt sebagai binatang, bahkan lebih buruk dari itu.

Firman Allah swt di dalam Al Quran, Surah Al A’raf, ayat 179

“ Dan sesungguhnya Kami telah sediakan untuk neraka, beberapa banyak dari jinn dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu mengerti dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang, bahkan mereka lebih sesat, adalah mereka itu orang-orang yang lalai”.

Walaupun ‘asbabunuzul’ ayat ini diturunkan khas kepada orang-orang kafir di zaman Rasulullah saw yang enggan menerima Islam sebagai deen, tetapi ayat ini juga boleh ditafsirkan secara umum bagi orang-orang Islam yang mempunyai hati nurani, yang mempunyai mata ‘original’ dan mempunyai telinga asli tetapi tidak memanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Di dalam Al Quran terdapat juga beberapa perumpamaan yang mengaitkan perihal binatang seperti seseorang yang meninggikan suara apabila berkata-kata adalah dianggap tidak sopan dan diumpamakan seperti KHIMAR (keldai). Atau juga Allah swt telah mensifatkan seorang musuh Allah dan Rasulullah saw yang bernama Walid Al Mughirah sebagai binatang secara kiasan di dalam awal Surah Al Qalam.

Pada ayat 16 surah tersebut Allah swt berfirman “Kami akan tandakan dia (Walid Al Mughirah) atas belalainya”. Ayat ini bermaksud bahawa Allah akan memberi tanda bahawa beliau seorang yang jahat lagi sesat dengan akan dimasyhurkan sebagai memiliki hidung (khurtum) yakni belalai seperti gajah untuk tujuan menghina dan merendah-rendahkan martabatnya.

Saya berpandangan bahawa kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini bersifat umum sebagai suatu misalan. Bukan bersifat khusus seperti mensifatkan anggota-anggota polis yang bertugas di dalam sesuatu perhimpunan besar oleh pihak Pakatan Rakyat sebagai anjing. Memanggil seseorang dengan panggilan-panggilan yang buruk sesama manusia adalah ditegah di dalam Islam.
Acara penyampaian BR1M 2.0 di Taman Greenwood
Terserah kepada penerima BR1M itu sendiri untuk melihat diri mereka sendiri sama ada sebagai haiwan atau sebagai manusia yang waras fikiran. Sekiranya penerima BR1M itu benar-benar berfikiran bahawa mereka berhak untuk menerima sumbangan tersebut biarpun dirasakan sedikit, maka wajarlah mereka menerimanya dengan rasa syukur atas nikmat kurniaan Allah swt.

Tetapi, sekiranya penerima BR1M itu merasakan bahawa pemberian dari kerajaan Barisan Nasional itu sebagai ‘rasuah’, maka sewajarnya mereka hindari dari mengambil pemberian tersebut bagi mengelakkan diri mereka dari terlibat atau syubhah dengan gejala ‘rasuah’.

Allah berfiman di dalam Al Quran Surah Ibrahim, Ayat 7,

“.....Sekiranya kamu bersyukur (atas nikmat yang diterima) niscaya Aku akan tambah dan sekiranya kamu kufur, (ketahuilah) bahawa azabKu amatlah pedih”,

Dan Allah swt berfirman lagi di dalam Surah Al Hujurat, Ayat 12,

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu cari-cari kesalahan orang lain........”

Namun begitu, pemberian BR1M oleh kerajaan Barisan Nasional seharusnya juga dilihat secara positif kerana biarpun jumlah RM500.00 dinilai tidak begitu besar oleh ramai orang, tetapi ianya amat bermakna bagi mereka yang miskin yang sangat-sangat memerlukan wang tersebut.

Kita dari kalangan rakyat biasa sama sekali tidak tahu sama ada pemberian sumbangan itu adalah ikhlas atau sebaliknya. Sama sekali kita juga tidak ketahui apa matlamat tujuan mereka melaksanakan inisiatif ini  biarpun banyak kedengaran dari kalangan orang-orang Pakatan Rakyat beranggapan ia sebagai tujuan memancing undi pada pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi. Keputusan untuk mengundi pada PRU13 akan datang terletak pada diri masing-masing.

Tepuk kepala, gunakan fikiran.

Allahu 'alam

Pecacai atau Pecacal

$
0
0

Perkataan ‘pecacai’ yang diungkapkan oleh seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di dalam filem Tiga Abdul telah menjadi perkataan ‘favourite’ bagi penyokong tegar Pakatan Rakyat yang ditujukan khas kepada penyokong tegar Barisan Nasional apabila membuat serangan lisan atau tulisan. Bagi mereka (penyokong PR) gelaran ‘pecacai’ itu adalah satu ungkapan untuk menghina dan merendah-rendahkan keperibadian seseorang.

Saya telah mencari perkataan tersebut di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka namun tidak menemui. Apa yang saya temui ialah perkataan ‘pecacal’ yang membawa maksud pacal atau hamba.

Dalam erti kata lain penyokong tegar Pakatan Rakyat  adalah juga ‘pecacai’ bagi kumpulan yang mereka sokong dan dokong seperti juga penyokong tegar Barisan Nasional yang mereka gelari.

Tepat seperti sebuah peribahasa Inggeris ‘Pot calling the kettle black’.

Gambar ihsan 'google'

Nasi Lemak Ujang

$
0
0

Agak lama juga saya tidak makan nasi lemak Ujang. Bukan Nasi Lemak Ujang Kutik. Tapi Nasi Lemak Ujang Corner di Greenwood. Saya tiba di warong Ujang jam 11.05 minit malam. Nasib agak baik tidak ramai orang beratur menunggu giliran. Lebih kurang 10 orang sahaja. Kalau datang jam 8.00  ke 10.00 malam, pasti beratur panjang.
Warong Nasi Lemak Ujang Corner
Hampir setengah jam beratur baru giliran saya tiba. Bukan kerana servis lembab, tetapi ada beberapa pelanggan di hadapan saya membeli dengan bilangan yang banyak untuk dibawa pulang.

Nasi lemak Ujang memang terkenal di Greenwood sejak lama lagi. Saya tidak pasti berapa lama. Isteri saya beritahu sejak beliau masih remaja lagi, keluarga Ujang telah mula berniaga. Pelanggan Ujang bukan sekadar orang Melayu sahaja, bahkan orang Cina dan India juga.

Lauk pauk yang disediakan oleh Ujang juga berbagai jenis disesuaikan dengan hidangan nasi lemak.
Ini lauk kegemaran saya. Sotong dan begedil.
Harganya?

Harganya saya kira lebih murah dari apa yang dibayar oleh saudara Ujang Kutik ketika bersarapan pagi di Kuala Kangsar bersama rakan sekerja.

Saya percaya bukan saya seorang yang merasai puas hati dengan jualan Nasi lemak Ujang Corner, bahkan pelanggan-pelanggan lain juga. Buktinya, setiap malam (kecuali hari Ahad) ramai mengunjungi warongnya untuk menjamu Nasi Lemak Ujang, biarpun terpaksa beratur panjang.

Jejak Sahabat TLDM - 9

$
0
0

Beberapa minggu yang lalu, saya telah melihat gambar saudara Anor, salah seorang anggota komunikasi KD Sri Perak yang tenggelam di dalam peristiwa tenggelamnya kapal tersebut pada 8hb Jan, 1984. Beliau bergambar bersama saudara Mahayaddin yang juga seorang bekas anggota komunikasi TLDM.

Hari ini tanggal 10hb Mac, 2013 saya menghubungi saudara Mahayaddin untuk cuba mendapatkan nombor telefon bimbit saudara Anor. Dengan ihsannya beliau telah memberi nombor telefon bimbit saudara Anor.

Sejurus kemudian saya mencuba menghubungi saudara Anor melalui nombor yang diberi. Malangnya setelah beberapa kali mencuba  masih belum dapat dihubungi kerana kebarangkalian saudara Anor berada di luar kawasan yang tidak dapat dihubungi.

Akan cuba untuk menghubungi beliau di lain kali. In syaa Allah.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Pada tanggal 30hb Dis, 2012 yang lalu sewaktu di dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah selesai menghadiri acara pertemuan bekas pegawai dan anak-anak kapal MCMV saya telah dibantu oleh saudara Rasip untuk menemui saudara Mokhtar, bekas anak kapal KD Sri Perak yang sama-sama mengalami peristiwa tenggelamnya kapal tersebut.

Sebelum itu saya telah menghubungi saudara Rasip dan menziarahi beliau dan isteri di rumahnya. Saudara Rasip ialah bekas anggota komunikasi TLDM yang kini menetap di Manjung. Isteri beliau juga ialah bekas lasykarwati TLDM dari pengambilan pertama yang juga diberi nombor pertama iaitu 500001.

Saya mengenali saudara Rasip sewaktu sama-sama bertugas di Departmen Tentera Laut, Kementerian Pertahanan pada tahu 1982/83. Setelah beberapa ketika bertemu dan berbual saya meminta saudara Rasip untuk membawa saya ke rumah saudara Mokhtar yang kebetulan dikenalinya juga. Rumah saudara Mokhtar berada tidak berapa jauh dari rumahnya.

Saya merasa sungguh terharu apabila menemui saudara Mokhtar. Walau pun pertemuan ini agak singkat namun ianya sedikit sebanyak mengembalikan kenangan kami sewaktu bersama mengharungi detik-detik cemas ketika saat-saat kapal akan tenggelam dan waktu-waktu penantian selama empat hari tiga malam di dalam pelampong penyelamat sebelum ditemui.

Bersama saudara Mokhtar
Alhamdulillah, segala puji dan pujian bagi Allah swt yang telah menemukan kami semula setelah hampir 29 tahun tidak bertemu.

Di dalam pertemuan ini saudara Mokhtar telah menyokong dan membenarkan kenyataan saya sebelum ini tentang minuman di dalam tin yang sudah lama tamat tempoh.

“Bau tin saja” komen beliau.

Dalam pada itu, isteri beliau turut sesekali mencelah perbualan kami.

“Saya bimbang juga kerana dimaklumkan bahawa salah seorang yang hilang bernama Mokhtar”, ujar isteri saudara Mokhtar.

“Nasib baik tidak jadi janda muda”, sambung beliau lagi secara berseloroh. Pada ketika kejadian merekay telah memperolehi seorang anak kecil.

Di samping itu saudara Mokhtar juga memberitahu saya akan satu perkara yang saya tidak ketahui. Beliau memaklumkan bahawa saudara Abu Ibrahim, anggota komunikasi yang duduk disebelahnya di dalam pelampong penyelamat mengalami sedikit kecederaan di pehanya sewaktu terjun ke laut dalam usaha untuk menyelamatkan diri. Di dalam pelampong penyelamat saudara Abu merintih sakit kepedihan akibat lukanya yang sepanjang waktu terdedah dan terkena air masin laut.

Saudara Mokhtar juga menceritakan kepada saya tentang ayah kepada saudara bekas LK1ME Rahim yang menangis kerana tidak melihat anaknya turun dari helikopter. Ayah saudara Rahim tidak ketahui bahawa anggota-anggota KD Sri Perak yang menaiki helikopter adalah terdiri daripada anggota-anggota yang sudah berkahwin sedangkan anak beliau belum berkahwin ketika itu. Setelah dimaklumkan demikian, barulah ayahnya mengerti dan menanti kepulangan anaknya yang menaiki kenderaan darat.

Saudara Mokhtar juga memaklumkan kepada saya bahawa ada beberapa rakan lain seperti bekas LK1RP Gunaseelan dan juga bekas LK1ME Rahim yang tinggal di Perak tidak jauh dari Manjung.

In syaa Allah, dengan izin Allah jua suatu hari nanti saya akan berusaha untuk mencari mereka.
Viewing all 191 articles
Browse latest View live