Quantcast
Channel: Catatan Pak Mail
Viewing all 191 articles
Browse latest View live

Seperti apa yang saya lihat, KVTTB ...... (2)

$
0
0

Saya melihat KVTTB jelas berpihak.



Berita terkini KVTTB

Datuk Seri Noh Omar dilantik sebagai Penaung KVTTB Selangor

$
0
0

Lagi video untuk tontonan pembaca blog PakMail.



Keluhan pengantin baru

$
0
0

Di klinik kesihatan kerajaan petang tadi saya tidak dapat mengelak dari mendengar seorang lelaki muda yang duduk di hadapan saya dan berkata kepada seorang sahabatnya.

‘Aku bernikah teruk kena dengan kadhi. Banyak sangat soalan yang ditanya. Serius pulak tu...’.

Ramai yang datang warga yang akan jadi emas...
PakMail: Tapi dari jenis emas yang tak boleh digadai.

Program Khas Hari Jumaat

$
0
0


Anda yang tinggal di Selangor, khususnya di kawasan Gombak digalakkan sertai program ini jika mempunyai kelapangan. Walaupun mungkin anda bukan penyokong Menteri Besar tetapi tidak salah untuk sertai, sekurang-kurangnya anda akan tahu apa aktiviti kerajaan Negeri Selangor.

Ataupun sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, anda boleh suarakan pendapat dan pandangan melalui program Sesi Mendengar Masalah Rakyat.

PakMail: Jamuan Rakyat tu... jauh sangat. Kalau diadakan di Padang Greenwood, tak perlu isteri saya masak untuk makan malam.

Sukan rakyat bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di Padang Awam Taman Greenwood

$
0
0

Satu perkongsian maklumat dari PakMail sempena Program Khas Terima Kasih dari rakyat Selangor daerah Gombak.






PakMail: Selama aku tinggal di sini lebih 20 tahun tak pernah sekali pun MB dahulu daripada Tan Sri Muhammad Hj Muhd Taib, Datuk Seri Abu Hassan Omar dan Datuk Seri Khir Toyo datang menjejaki padang Taman Greenwood.

Apakah ianya prostat

$
0
0

Semalam aku ke klinik kerajaan lagi. Minggu lepas aku ke klinik untuk pemerikasaan berkala penyakit darah tinggi. Kali ini aku hadapi masalah buang air kecil tidak lawas pula.

Aku mengesyaki penyakit prostat kerana terdapat simptom atau tanda-tandanya seperti kekerapan membuang air di waktu malam. Air kencing pula tidak terlalu banyak dan tidak juga sedikit. Hanya merasai tidak puas apabila membuang air kecil. Seperti tidak habis. Aku juga merasai sedikit sakit pada bahagian bawah pinggang.
Tanda-tanda prostat.
Penerangan bergambar gejala prostat.
Berdasarkan penerangan dan gejala yang aku alami, doktor mengesyaki aku dijangkiti virus. Aku sempat juga bertanya apakah tanda-tanda yang aku alami tidak merupakan gejala penyakit prostat.

‘Mungkin juga’ kata doktor.

Namun, aku diarahkan untuk membuat pemeriksaan air kencing dahulu. Ini keputusannya.
Keputusan pemeriksaan air kencing.
Doktor yang merawatku memberitahu bahawa terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian (yang bertanda * di dalam kotak merah).

Pertama, terdapat sedikit kehadiran tirisan protin pada buah pinggangku. Dalam keadaan normal buah pinggang tidak terdapat protin.

Kedua, terdapat juga darah di dalam air kencingku. Walaupun ketika aku menyerahkan sampel air kencing, aku tidak melihat darah pada pandangan kasar.

Setelah pemeriksaan selesai, aku diberi ubat anti-biotik dan sebotol kecil ubat minum untuk melawaskan air kencing. Doktor juga menasihatiku agar ubat anti-biotik dihabiskan walaupun sekiranya aku merasai penyakit semakin sembuh. Dan sekiranya telah habis ubat diambil dan tiada perubahan pada diriku dan masih merasai tidak selesa apabila kencing, doktor sarankan supaya aku datang semula untuk membuat pemeriksaan dan rawatan lanjut.

PakMail: Beginilah evolusi kehidupan manusia yang tidak dapat dielakkan.



Walimatul Urus

$
0
0
Bergambar bersama exLREM Nik Zainorden
Gambar ini diambil sewaktu kami sebahagian dari kru MCMV yang berada di Itali membuat lawatan sempena cuti musim panas ke Selatan Perancis seperti Cannes, Monte Carlo, Nice dan Monaco pada tahun 1985.

Di sebelah saya ialah saudara exLREM Nik Zainorden. Beliau kini menetap di Shah Alam, Selangor.

Pada kesempatan entri kali ini saya diamanahkan oleh beliau untuk menjemput pembaca dari kalangan bekas anggota TLDM sekeluarga yang mengenali beliau sama ada dari pangkat pegawai dan/atau lain-lain pangkat ke Majlis Nikah dan Berinai Besar (Bersanding) anak ke-3 beliau pada hari Jumaat, 7hb Sept, 2012 jam 8.30 malam di kediamannya,
No. 6, Jalan Fatwa U2/46,
Taman Mayang Sutera,
TTDI Jaya, Shah Alam,
Selangor
Kad Jemputan
Peta ke rumah pengantin.
............. dan pada Majlis Resepsi bertempat di Hotel Palace of The Golden Horses pada hari Ahad 9hb Sept, 2012 jam 8.00 malam.
Peta ke Hotel Palace of The Golden Horses.

Saudara Nik Zainorden benar-benar berharap saudara/i yang mengenali beliau dan telah lama terputus hubungan dapat hadir bagi menyerikan majlis tersebut serta menyambung semula tali silaturahim.

Kehadiran saudara/i sangat dialu-alukan beliau.


Sumbangan Kuih Hari Raya Oleh BAKAT

$
0
0

Saya pasti ketika ini Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) dengan kerjasama ATM sedang sibuk menguruskan pengagihan sumbangan kuih raya kepada pegawai dan anggota-anggota ATM yang bertugas di perbatasan atau di laut dan udara demi negara.

Saban tahun BAKAT tidak lupa untuk menghulurkan sumbangan ini kepada anggota-anggota tentera yang terpaksa meninggalkan keluarga yang mereka sayangi demi tugas ketika yang lain bergembira menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Biarpun sumbangan kuih raya itu tidak sebesar mana, namun ianya amat berharga dan bermakna kepada anggota yang menerimanya. Kalau tidak banyak, ianya memberi juga sedikit ubat kedukaan sewaktu berjauhan dengan keluarga, anak dan isteri di hari yang mulia ini.

Namun begitu, ramai dari kalangan anggota tentera yang bertugas di kejauhan tidak menerima sumbangan kuih raya tersebut.

Mengapa?. Apakah BAKAT tidak cukup menyediakan jumlah bungkusannya.

Saya tidak fikir begitu.

Saya berpandangan banyak sumbangan kuih raya tidak sampai kepada mereka yang sepatutnya menerima sumbangan tersebut.

Tersasar.

Ini kerana ada sebilangan kecil dari pihak pengurusan ATM di peringkat unit tidak begitu jujur dalam mengagihkan sumbangan tersebut kepada yang sepatutnya menerima. Mereka mengambil mudah dalam mengagihkan kepada anggota-anggota yang terdekat agar tugas pengahihan segera diselesaikan. Atau pun ada dari kalangan mereka mengambil sumbangan tersebut untuk kepentingan peribadi.

Maka itu sewaktu saya masih bertugas di dalam ATM khususnya TLDM saya dapati ramai yang bertugas belayar di lautan semasa perayaan tidak menerima sebarang dari sumbangan tersebut.
Bekas sumbangan kuih hari raya dari BAKAT
Logo ATM masih terdapat di dalam bulatan
Sepanjang saya berkhidmat selama 13 tahun di dalam TLDM saya menganggap bernasib baik kerana pernah sekali menerima sumbangan kuih raya. Saya tidak ingat bila saya menerima sumbangan tersebut. Malah saya percaya ada sebilangan anggota tentera yang berkhidmat sehingga pencen tetapi tidak pernah sekali pun menerima sumbangan kuih raya sewaktu bertugas.

Sekali lagi saya tekankan biarpun sumbangan kuih raya itu kecil, tidak sebesar mana, namun ianya sangat bermakna buat anggota-anggota yang sedang bertugas ketika waktu yang sama anggota-anggota yang lain sedang riang bergembira di samping keluarga tersayang.

Kasihanilah mereka. Simpatilah kepada mereka. Berkhidmatlah dengan penuh kejujuran dan keikhlasan.

Saya berharap sifat mementingkan diri tidak berlaku lagi kepada anggota tentera generasi kini.

PakMail: Selamat Berhari Raya saya ucapkan kepada saudara/i  pembaca sekalian.

Hari Keluarga PakMail - 1

$
0
0

Baru-baru ini pada cuti hari kemerdekaan yang jatuh pada hujung minggu aku dan isteri serta anak perempuanku sertai Hari Keluarga yang dianjurkan bersama oleh saudara-saudara isteriku. Walaupun tidak semua saudara dan keluarga mereka hadir namun kami dapat merasai keseronokan, kegembiraan dan kemeriahan dalam meraikan ‘pesta’ ini. ‘Pesta’ ini juga merupakan julung-julung kali diadakan oleh saudara-saudara isteriku.
Kami mengadakan hari keluarga ini di sebuah ‘resort’ tepi pantai bernama Umang-Umang Chalet yang terletak di Kuala Linggi, Melaka. Kami difahamkan bahawa ‘resort’ ini baru sahaja tiga setengah bulan beroperasi.
Umang-Umang Chalet
 Kami tiba di Kuala Linggi lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Setelah urusan ‘check-in’ selesai aku dan seorang anak saudara bergegas ke masjid terdekat iaitu Masjid Kariah Kg. Tanjung Agas, Linggi, Negeri Sembilan yang aku lalui sebentar tadi untuk solat Jumaat.
Masjid Kariah Kampong Tanjong Agas, Linggi, Negeeri Semblan.
Sewaktu berada di masjid ini, sebuah rumah tradisional Negeri Sembilan yang terletak di hadapan bertentangan jalan besar menarik perhatianku. Rumah kecil ini telah dibina semula tanpa merubah rekabentuk asal demi memelihara identiti keasliannya.

Sekali imbas melihat rumah ini aku menyangka bahawa rumah ini adalah rumah tradisional contoh untuk pelancong ziarah dan melawat seperti yang terdapat di Kuala Lumpur rumah tradisional untuk pameran dan lawatan pelancong luar dan dalam negara.
Atas sifat ingin tahu aku bertanya seorang kariah tempatan perihal rumah ini. Beliau memberitahuku bahawa rumah ini adalah milik seseorang yang tinggal di rumah lain. Sekali sekala pemilik rumah ini akan datang untuk melihat keselamatan dan keadaan rumahnya ini.

Aku tidak dapat menaiki rumah ini kerana tiada penghuni. Oleh itu aku sekadar dapat mengambil gambar-gambar ini dari bawah rumah sahaja.
Selesai solat Jumaat aku singgah di Sungai Linggi untuk mengambil beberapa keping gambar. Sungai ini merupakan sempadan yang memisahkan negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Insya’Allah akan aku coretkan sedikit pengalamanku selama berada di situ seketika pada entri akan datang.

Jejak Sahabat TLDM - 6

$
0
0
 
Sebelum aku meneruskan perjalanan ke Kuala Linggi, terlebih dahulu aku telah membuat perjanjian untuk bertemu Bahaman yang kebetulan berada di Kuala Lumpur. Beliau berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri perkahwinan anak bekas Lt Noraini (Pegawai Komunikasi TLDM). Aku pernah juga bertugas bersama bekas Lt Noraini di Comcen KD Malaya, Woodlands sewaktu beliau masih berpangkat ‘Leading Hand’.

Bahaman ialah kenalanku yang sama-sama ditugaskan ke Itali untuk membawa pulang KD Jerai, kapal TLDM dari jenis Penangkis Ranjau Periukapi (MCMV). Kami telah terputus hubungan lebih 24 tahun yang lalu.

Saudara Bahaman di kanan sekali.
Oleh kerana aku tidak punyai banyak waktu lantaran di dalam perjalanan jauh aku hanya dapat menemui beliau untuk beberapa minit sahaja di tepi jalan, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur berdekatan stesen LRT. Di dalam pertemuan ini aku mengambil kesempatan untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan anak exLREM Nik Zainorden. Kami berbual seketika sebelum berpisah dan berharap akan dapat bertemu pada majlis perkahwinan anak Nik Zainorden nanti.
Bergambar kenangan bersama saudara Bahaman.
Saudara Bahaman bersama keluarga sewaktu menghadiri
perkahwinan anak ex LREM Nik Zainorden.
Perawakan beliau tidak banyak berubah berbanding rakan-rakan lama yang lain. Hanya pada pengamatanku tubuh beliau kelihatan lebih berisi.

Ombak Rindu

$
0
0

Pagi ini sungguh indah
Berpagi-pagi begini yang suatu ketika dahulu aku sering lalui
Ombak pagi ini menggamit seribu satu kenangan
Kenangan indah mahu pun yang gundah
Pagi yang nyaman, tenteram serta mengasyikkan
Pagi yang ditemani deruan bisik ombak memukul pantai
Amat berbeda sekali
Antara suasana pagi di desa dan suasana pagi di kota
Antara udara pagi di desa dan udara pagi di kota
Dan antara deruan bayu meniup dedaunan pepohon dan ngauman enjin berdebu hitam
Suatu keindahan yang tidak terucap
 
PakMail: Video ini dirakam pada pagi 2hb Sep, 2012 jam 7.00 pagi

Hari Keluarga Pak Mail – 2

$
0
0

Ungkapan ‘Join the navy to see the world’ merupakan ungkapan yang amat sinonim dengan mana-mana jua angkatan tentera laut di seluruh dunia. Amat bertuah sekali mereka yang berpeluang belayar ke luar negara sewaktu berkhidmat di dalam angkatan tentera laut. Apatah lagi sekiranya mereka berpeluang ke banyak negara-negara asing di dunia ini.

Saya juga menganggap diri saya amat bertuah kerana berpeluang ke luar negara sewaktu berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Di dalam perjalanan pulang kembali ke tanahair dengan kapal KD Jerai dahulu kami sempat melawat beberapa buah negara asing.

Tidak dinafikan bahawa setiap negara yang kami lawati amat cantik dan indah serta mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Negara-negara di Eropah mempunyai kecantikan dan keindahan tersendiri. Manakala negara-negara  di benua Afrika dan negara-negara Arab berpadang pasir juga mempunyai nilai keindahan dan keistimewaan yang tersendiri juga. Tidak terkecuali negara-negara di kawasan kepulauan Nusantara Melayu terutama di negara kita Malaysia yang tidak kurang hebatnya.

Hakikatnya, saya sedar bahawa barangkali saya lebih banyak berpengalaman melihat dan melawat negeri orang berbanding melawat dan melancong di negeri sendiri. Saya juga sedar bahawa negara kita mempunyai banyak lokasi-lokasi bersejarah yang banyak tidak diketahui.

Di dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Kariah Kampong Tanjong Agas, Linggi saya singgah sebentar di Sungai Linggi untuk melihat sekeliling dan mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan. Tidak banyak maklumat saya dapati apabila cuba mencari bahan-bahan sejarah mengaitkan pekan Linggi dan Sungai Linggi. Namun apa yang jelas ialah Jambatan Sungai Linggi merupakan batas persempadanan antara negeri Melaka di Kuala Linggi dan Linggi di Negeri Sembilan.
Jambatan Sungai Linggi.
Air sungai Linggi ini agak bersih dan lebar.
Kelihatan dua buah kapal bertambat di tepi sungai.
Beberapa buah bot kecil nelayan terdampar di tepi sungai.
Medan selera yang banyak menghidangkan menu ikan bakar. Dibuka dari petang hingga malam.
Sewaktu berada di sungai ini saya dimaklumkan oleh seorang pelancong tempatan berbangsa Cina yang datang bersama keluarganya bahawa terdapat sebuah kota (fortress) di seberang sungai bekas penempatan askar Belanda pada zaman pemerintahan Belanda dahulu. (Ini antara saya maksudkan bahawa banyak lokasi bersejarah di negeri sendiri yang saya tidak ketahui).
Selamat Datang ke Kuala Linggi, Melaka.
Dari Sungai Linggi saya dan anak saudara terus pulang ke chalet untuk menjamu makan tengahari dan berehat seketika. Setelah berehat saya bercadang membawa isteri melawat kota (fortress) yang dimaklumkan itu. Namun isteri saya menolak kerana terpaksa menyiapkan persiapan makanan dan sebagainya untuk acara mereka malam nanti. Oleh yang demikian saya berseorangan pergi melawat kota bersejarah itu yang terletak tidak jauh dari chalet tempat penginapan kami.
Kota ini dinamai Kota Kuala Linggi atau juga dengan nama lain Kota Bukit Supai, Kuala Linggi, Melaka. Kota ini dibawah kelolaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Malangnya kota bersejarah ini tidak dijagai dan diselenggarai dengan rapi biarpun telah dilapurkan menerusi akhbar Berita Harian online.
Kota Bukit Supai, Kuala Linggi, Melaka.
Batu dari jenis 'laterite' mengelilingi kota ini. Lalang meninggi sebagai bukti tidak diselenggarai
dengan rapi.
 
Antara beberapa meriam yang didakwa meriam asal yang telah dicat semula.
Pemandangan ke arah laut Selat Melaka dari atas Kota Bukit Supai.
Saya percaya sekiranya kota yang mempunyai nilai sejarah ini ingin dimajukan sebagai antara tumpuan pelancong luar dan dalam negara, kerajaan negeri perlu memberikan lebih perhatian di dalam mempromosi dan menyelenggara kota ini. Dengan demikian masyarakat Kuala Linggi akan mendapat manfaat dari aspek sosio-ekonomi dengan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara.
 

Hari Keluarga Pak Mail – 3

$
0
0

Menjelang petang hari anak-anak riang bermain dan berenang di pantai sambil diperhatikan oleh kakak-kakak yang tua. Kaum ibu pula sibuk bersiap mengeluarkan bahan-bahan makanan seperti ayam, ikan dan daging kambing untuk dibakar nanti. Kaum bapa pula sibuk menyiapkan gril dan menyalakan arang untuk membakar makanan.
Manakala saya pula tak banyak berperanan. Hanya sekadar menjadi ‘Pak Sibuk’ (heheheheeee....). Menunggu apabila makanan siap dibakar dan.... makan.

Kaum ibu sibuk menyediakan makanan.
Apabila waktu maghrib tiba, ibu bapa berhenti sebentar untuk solat maghrib di kamar masing-masing. Setelah itu kami teruskan aktiviti membakar. Ikan tilapia merah ada. Daging kambing dan ayam pun ada. Tidak lupa otak-otak.
Ayam bakar....
Ini pula ikan tilapia bakar...
Otak-otak dan daging kambing bakar.
Saya telah banyak tempat membeli dan memakan otak-otak. Tetapi otak-otak ini yang di bawa oleh ipar dari Melaka amat sedap berbanding yang lain-lain pernah saya makan.

Walaupun terdapat berbagai aneka makanan, namun saya tidak menikmati kesemuanya. Ayam dan ikan selalu benar dimakan. Oleh itu saya hanya mengambil dua potong daging kambing dan beberapa bungkus otak-otak. Oleh kerana rasa otak-otak ini agak lebih sedap dari yang pernah saya rasai maka saya mengambilnya agak lebih sedikit.

Sambil makan dan berbual, mereka juga dihiburkan dengan persembahan karaoke oleh anak-anak.
Anak-anak memperdengarkan nyanyian mereka.
Dr Dayana juga tidak ketinggalan menunjukkan bakatnya.
Terus terang saya katakan bahawa saya tidak pandai bernyanyi. Mungkin jika saya pandai sedikit, tahu bagaimana untuk mengalunkan sesebuah lagu itu, mungkin saya juga akan turut berkaraoke. Oleh itu saya sekadar menjadi pendengar sahaja. Ipar-ipar saya juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat mereka masing-masing bernyanyi.

Sebelum jam 12.00 malam saya meminta izin untuk beristirehat kerana esok hari selepas subuh saya akan berjalan jauh ke selatan tanahair seorang diri untuk mencari dan menemui seorang sahabat lama. Seorang sahabat yang sama-sama mengharungi lautan luas Laut China Selatan di dalam sebuah pelampong penyelamat di dalam trajedi tenggelamnya kapal TLDM KD Sri Perak lebih 28 tahun yang lalu.

Jejak Sahabat TLDM – 7

$
0
0

Coretan saya kali ini adalah merupakan lanjutan dari entri saya bertajuk ‘Jejak Sahabat TLDM - 1’.
Pada pagi hari tanggal 1hb Sept yang lalu lebih kurang jam 6.45 pagi, saya memulakan perjalanan seorang diri dari Umang-Umang Chalet, Kuala Linggi, Melaka menuju ke Bukit Pasir, Muar untuk menemui dan mengambil exLRSTN Salim Jais untuk pergi ke Pontian, Johor. Suasana pagi masih lagi gelap. Matahari masih belum lagi menampakkan cahaya.

Tujuan saya menemui Salim adalah juga untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan anak exLREM Nik Zainorden kepadanya dan kepada exRO Quek Chek Chai yang juga menetap di Muar. Di samping itu Salim juga akan menemani saya pergi ke Pontian untuk mencari dan menemui exLRSM Bakar Satiman salah seorang anak kapal KD Sri Perak yang tenggelam di Laut China Selatan lebih 28 tahun yang lalu.
Oleh kerana ini adalah kali pertama saya berada di kawasan Kuala Linggi dalam menuju ke Muar, saya tidak begitu arif akan selok belok perjalanannya. Oleh itu saya perlu berhati-hati melihat tanda arah ke destinasi tersebut. Beberapa kali juga saya tersesat jalan dan terpaksa menghubungi Salim melalui telefon bimbit untuk pengesahan perjalanan.

Saya tiba di Bukit Pasir, Muar hampir jam 10.00 pagi. Hampir 1 jam lewat dari jangkaan saya untuk tiba iaitu sekitar jam 9.00 pagi. Ini kerana saya telah tersalah jalan dan terpaksa mengikuti jalan yang agak lebih jauh. Seperkara lagi ialah saya memandu tidaklah begitu laju. Paling laju ialah 100km sejam. Sekali-sekala mencecah juga 110km sejam. Itu pun apabila memotong kenderaan lain di lebuhraya.


Pada asal perancangan saya bercadang untuk menemui Salim dan seterusnya ke Pontian pada hari Jumaat 31hb Ogos. Dan pada 1hb Sept itu saya boleh memenuhi undangan perkahwinan anak ex-PTI Nazar di Rembau, Negeri Sembilan. Namun, oleh kerana kami lewat bertolak dari Kuala Lumpur segala perancangan terpaksa berubah. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekali lagi kepada ex-PTI Nazar kerana tidak dapat menghadiri ke majlis perkahwinan anak beliau. Biarpun sebelum ini saya telah memohon maaf kepada beliau melalui facebook.
Semuanya bermula apabila saya berjanji dengan exLRCK Bahaman untuk menemui beliau pada malam 30hb Ogos untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan anak exLREM Nik. Tetapi, oleh kerana Bahaman tiba Kuala Lumpur dari Johor Bahru melebihi jam 12 tengahmalam, maka saya tidak dapat menyerahkan kad jemputan tersebut. Bahaman mungkin kepenatan kerana berperjalanan jauh. Hanya pada keesokan harinya saya dapat bertemu Bahaman dan menyerahkan kad jemputan tersebut di dalam pertemuan singkat di Bangsar sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Linggi.

Berbalik semula kepada perjalanan saya ke Muar.
Di Bukit Pasir, Muar, Salim telah sedia menunggu saya di stesen bas di tepi jalan raya berdekatan rumahnya. Sebelum ini saya telah pun menghubungi dan memberitahu Bakar Satiman bahawa saya dan Salim akan menziarahi beliau. Bakar Satiman dengan sukacita mengalu-alukan kedatangan kami tetapi jika boleh sebelum jam 12.00 tengahari. Ini kerana beliau mempunyai urusan lain yang perlu dibereskan.Oleh kerana waktu telah melewati jam 10.00 pagi kami terpaksa cuba bersegera menepati waktu yang ditetapkan oleh Bakar. Sebelum kami meneruskan perjalanan saya perlu singgah sebentar di R&R Pagoh untuk mengisi perut. Sejak keluar dari chalet saya belum lagi mengambil sebarang makanan. Saya juga perlu ke bilik kecil untuk membuang hajat seketika.

Di R&R Pagoh, Bakar menghubungi saya bertanyakan di mana kami berada. Setelah selesai sarapan dan melunaskan hajat kami bersegera meneruskan perjalanan. Sememangnya saya tidak mengetahui perjalanan ke Pontian. Saya mengharapkan Salim agar dapat ‘guide’ saya ke destinasi. Begitu pun Salim tidak berapa pasti arah seterusnya apabila tiba di Parit Raja.
Jam 12.00 tengahari semakin hampir. Perjalanan ke Pontian masih agak jauh lagi. Saya memberitahu Salim, 'sekiranya Allah swt ingin menemukan kami semua pada hari ini, pasti Allah swt ketemukan jua'.
Memang sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui akan niat kami yang ikhlas ingin menemui sahabat lama demi untuk eratkan tali silaturahim keranaNya jua.
Bakar Satiman yang begitu prihatin dan memahami keadaan kami sanggup menunggu kami walaupun lewat. Bakar Satiman sanggup juga menundakan urusan beliau dan setia menanti kami sehingga kami tiba.
Berpandukan jalan yang diberikan oleh Bakar, akhirnya kami tiba di satu lorong tepi jalan besar di mana Bakar sedang menanti kami.
Alhamdulillah. Segala puja dan puji bagi Allah swt yang menemukan kami semula setelah lebih 27 tahun tidak bersua. Semuanya dengan kehendak dan kudrat serta izin Allah swt.
Pada pertemuan singkat ini tidak banyak yang dapat saya bertanya dan menyingkap kisah trajedi KD Sri Perak. Ini kerana kami sedar bahawa Bakar mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan.
Bakar dan Salim merupakan sahabat sepengambilan 'Intake 127'. Oleh itu mereka lebih saling mengenali antara satu sama lain berbanding saya yang hanya mengenali Bakar beberapa hari sahaja yang boleh dihitung. Mereka juga telah lebih lama tidak menemui antara satu sama lain. Saya difahamkan mereka lebih lama tidak bertemu berbanding saya selama lebih 27 tahun tidak bertemu Bakar.
Detik waktu berjalan dengan begitu cepat. Dalam pada itu seorang lagi sahabat yang sama sepengambilan dengan saya bernama Awang Bin Selamat menghubungi Salim. Kami pula merencana untuk bertemu di pekan Pontian untuk meneruskan perjalanan ke Pasir Gudang, Johor bagi memenuhi undangan perkahwinan anak Bakri. Bakri juga merupakan bekas seorang anggota TLDM dari cawangan Setor Teknikal.
Sebelum beredar isteri Bakar sempat menghidangkan kami makanan tengahari yang berupa nasi berlauk sayur serta ikan kerisik masak asam pedas. Walaupun berlauk ringkas namun saya memuji masakan asam pedas isteri beliau. Enak. Sungguh enak.
Hampir jam 2.00 petang kami meminta izin untuk berpisah sementara waktu bagi meneruskan perjalanan ke Pasir Gudang pula. Insya'Allah pada lain hari dan waktu dengan izin Allah swt, mudah-mudahan kami akan dapat bertemu sekali lagi dan lagi dan lagi....
Gambar terbaharu Bakar Satiman.
Bersama Salim Jais dan Bakar Satiman.
 

Maaf ‘skot’, Saya Tak Ingat

$
0
0

Bermula dari pertengahan tahun 1970an, TLDM telah mula menggiatkan pengambilan pegawai dan rekrut bagi menampong keperluan kekosongan selari dengan perkembangan, pembangunan dan pemilikan aset TLDM yang pesat.

Rekrut TLDM sesi pengambilan 129 pada 1hb Jul, 1977 adalah seramai 187 anggota bermula dari nombor rasmi 806847 sehingga 807034. Berbanding pengambilan-pengambilan terdahulu iaitu pada awal-awal tahun 1960an dan 1970an di mana anggota-anggota rekrut yang menyertai TLDM tidak sampai seratus orang. Malah, saya difahamkan bahawa pada awal-awal penubuhan TLDM sewaktu dibawah tadbiran pegawai-pegawai tentera laut Inggeris bilangan pengambilan hanya sedikit sahaja.

Oleh yang demikian setelah sekian lama berhenti dari perkhidmatan TLDM masakan saya dapat mengingati setiap rakan-rakan yang sama-sama di’belasah’ dan di’lanyak’ oleh jurulatih-jurulatih TLDM sewaktu menjalani latihan rekrut dahulu. Tambahan pula setelah tidak bersua muka lebih 25 tahun atau mungkin 30 tahun.

Di antara 187 anggota TLDM yang telah mengecap kesepuluh jari mereka tanda taat setia kepada raja dan negara ialah 806970 Awang Bin Selamat. Di dalam TLDM Awang menyertai cawangan Bekalan & Urusetia.

Namun, sejujurnya saya seperti tidak perasan kehadiran kelibat saudara Awang di dalam ‘skot’ pengambilan 129 sehingga pada hari di mana saya dipertemukan dengan beliau oleh Salim Jais pada 1hb Sep baru-baru ini.

Biarpun begitu, kami berbual seperti orang yang telah lama mengenali antara satu sama lain sewaktu menghadiri majlis perkahwinan anak Bakri di Pasir Gudang, Johor. Saudara Awang memberitahu Salim bahawa beliau perasan akan diri saya sewaktu di dalam perkhidmatan TLDM. Hanya saya sahaja yang tidak perasan akan beliau dan mungkin ramai lagi yang saya tidak ingat rakan-rakan sepengambilan dahulu.

Maaf kan saya sahabat...
Bergambar kenangan bersama saudara Awang.

Melayu Singapura dihina

$
0
0

                    
Pagi ini saya bangun dari tidur sedikit awal. Lebih kurang jam 4.30 pg. Lebih tepat 4.35 pg. Sementara menunggu waktu solat subuh, saya merayau sebentar ke ‘alam maya’. Merayau-rayau mencari berita terkini.

Maka tersualah saya dengan berita terkini dan sensasi dari seberang tambak Johor yang telah membuat fikiran dan hati saya tidak tenteram. Fikiran dan hati tidak senang kerana dibuai perasaan marah, geram, sedih, simpati dan seumpamanya di atas penghinaan dari sebahagian manusia yang menyangka diri mereka terlalu hebat terhadap bangsaku. Dari dahulu bangsaku telah dilabelkan sebagai pemalas masih lagi dipandang sedemikian sehingga ke hari ini.

Namun, isu terkini yang menjadi sensasi bukanlah isu MALAS. Isu yang lebih besar dan sedang hangat diperkatakan di dalam alam siber tentang kebiadapan segelintir manusia yang tidak peka terhadap sensitiviti kaum.


Dan episod cemuhan seperti ini juga tidak akan menjadi yang terakhir. Pandangan-pandangan negatif terhadap Islam akan terus dilemparkan dari orang-orang yang tidak bertanggong jawab. Orang-orang yang tidak bertanggong jawab itu tidak sahaja dari orang bukan Islam tetapi juga melibatkan orang-orang beragama Islam yang menyangka bahawa diri mereka telah cukup berilmu dan pandai. Mereka juga bukan sahaja dari negara luar bahkan dari negara sendiri juga.

Oleh yang demikian, maka lihatlah diri kita sendiri. Di manakah kita berada. Apakah Melayu dan Malas itu masih relevan. Apakah Melayu dan Malas itu masih lagi menjadi sesuatu yang sinonim bagi kita bangsa Melayu.

Dan yang lebih penting apakah peranan kita sebagai seorang yang beragama Islam keturunan Melayu.

Merawat Kucing Peliharaan

$
0
0

Saya cuba mencari perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan perkataan ‘grooming’. Tetapi tidak menemui. Perkataan paling hampir yang saya boleh fikirkan ialah ‘rawat’ untuk tajuk entri saya kali ini. Namun erti rawat menurut Kamus DBP umumnya dikhaskan kepada manusia yang sakit yang memerlukan penjagaan dan ubat.

Kucing-kucing belaan anak dan isteri saya tidak sakit. Kucing-kucing ini hanya perlu di’bersih’kan oleh ‘jururawat haiwan’ yang mahir dalam penjagaan kucing.

Kami mempunyai kucing yang agak banyak. Jumlahnya melebihi sepuluh ekor. Lebih tepat buat masa kini ada lima belas ekor kesemuanya. Empat anak kucing baru lahir beberapa hari yang lalu.
Sebahagian dari kucing-kucing peliharaan kami.
Siang tadi anak saya memanggil dua orang anak muda yang terdiri daripada sepasang suami isteri untuk ‘groom’ dua ekor kucing kami. Mereka memberitahu bahawa mereka mempunyai pengalaman bekerja dengan sebuah pusat veterinar di Kepong.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan di dalam ‘cat-grooming’ ialah memotong kuku, mencuci telinga, mata dan gigi, membersih serta memandikan kucing-kucing tersebut. Kucing-kucing ini kemudian dikeringkan dan disikat rapi.

Saya amat berpuas hati dengan kerja-kerja mereka. Mereka melakukannya dengan cermat dan teliti. Masa yang diambil untuk membersihkan setiap ekor kucing melebihi sejam.
Sedang mencuci telinga Niki.
Sedang dimandikan.
Sedang dikeringkan.
Kucing ini masih belum diberi nama.
Anak saya menemui kucing ini di gerai-gerai makan Taman Sri Gombak beberapa hari yang lalu. Keadaannya amat kotor. Kemungkinan kucing ini dibuang oleh seseorang yang tidak mahu lagi memeliharanya. Setelah diselidiki tiada tuannya, anak saya mengambil dan membawa pulang.

Keadaannya amat kotor. Bulu pada ekornya telah keras seperti terdapat kotoran yang melekat dan tidak dapat diurai semula. Oleh yang demikian sebahagian bulu pada ekornya terpaksa dipotong.
Sedang dimandikan.
Sedang dikeringkan.
Bayaran bagi setiap ekor kucing yang dirawat oleh jururawat haiwan ini ialah RM15.00. Saya difahamkan mereka melakukan kerja ini sebagai kerja sampingan bagi menambah sumber pendapatan mereka.

Apa pun saya memuji sikap mereka yang rajin dan tidak mensia-siakan pengalaman dan kebolehan yang mereka miliki bagi menampong kehidupan sehari-harian mereka.

Ibadah Qurban

$
0
0

Semalam Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad telah mengisytiharkan bahawa Hari Raya Eidul Adha jatuh pada hari Jumaat 26hb Okt, 2012.

Dan sempena sambutan Hari Raya Eidul Adha atau juga Hari Raya Qurban ini seorang anak kepada jiran saya telah dengan ikhlas hati memberi wang sejumlah RM420.00 kepada anak saya Muhammad Farid sebagai bayaran untuk satu bahagian ibadah Qurban tahun ini bagi arwah anak saya Muhammad Shahir.

Saya difahamkan bahawa beliau telah berniat untuk memperuntukan satu bahagian ibadah qurban bagi arwah anak saya sebagai mengenang budi baik arwah anak saya kepadanya sewaktu masih hidup.

Saya banyak mendengar dari kejiranan setempat bahawa arwah anak saya suka membantu dan menolong orang-orang yang memerlukan bantuan atau pertolongan ringan. Beliau juga disenangi oleh rakan-rakan sepermainannya.

Terasa amat senang dihati apabila sebagai seorang ayah mendengar berita-berita kebaikan arwah anak ini.

Kepada jiran saya ini dan anaknya yang mana nama mereka ingin dirahsiakan, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas ingatan mereka kepada kami sekeluarga khususnya terhadap arwah anak saya Muhammad Shahir. Allah swt jua yang akan membalas kebaikan dan amalan mereka di dunia dan akhirat nanti.


Semuga anak ini diampuni Allah, dirahmati Allah dan ditempatkan dari kalangan orang-orang yang diredhaiNya.

Amin....
Lembu ibadah qurban tahun lalu.

Majlis Tilawah Al-Quran ATM

$
0
0

Siang tadi telah berlangsung satu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Angkatan Tentera Malaysia Kali Ke-63 bagi tahun 2012M bersamaan 1433H di Masjid Khalid Ibnu al-Walid, Kementah, Kuala Lumpur.

Seramai 9 orang peserta telah memperdengarkan bacaan mereka yang bermula dari jam 10.30 pagi dan berakhir sekitar jam 4.00 petang.

Saya tidak sempat menyaksikan acara ini sehingga selesai. Namun saya melihat ramai anggota tentera dari pelbagai peringkat pegawai dan lain-lain pangkat hadir untuk menyaksikan dan menjayakan acara ini.
Gambar ini diambil sewaktu hadirin sedang menanti ketibaan
YB Menteri Pertahanan untuk acara penyampaian hadiah.
Sehubungan dengan ini saya suka untuk berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yang saya ketahui berkaitan dengan makna perkataan ‘tilawah’.

Umumnya ramai mengetahui bahawa perkataan ‘tilawah’ atau ‘yatlu’, ‘utlu’ atau dari kata dasar yang sama, dari segi bahasa membawa erti ‘membaca’. Begitu juga dengan perkataan ‘qira’ah’ atau ‘yaqra u’, ‘qara u’ dan seumpamanya yang diambil dari perkataan dasar ‘qara’ah’ juga membawa erti ‘membaca’.

Sekali imbas dilihat dua perkataan ini membawa makna yang sama. Tetapi hakikatnya ia mempunyai makna yang berbeza.

Perkataan ‘qiraah’ atau ‘qaraah’ yang juga mendatangkan perkataan ‘iqra’ membawa makna bahawa perkara yang dibaca itu tidak semestinya sesuatu bahan bacaan yang berbentuk tulisan. Objek bacaannya adalah ‘alam semesta’ yang bererti objek bacaannya boleh juga wahyu atau sesuatu tulisan ataupun juga bukan wahyu.

Saya ambil contoh yang mudah seperti ada ketika kita mungkin pernah berkata dalam menilai seseorang itu seperti,
‘sekilas ikan di air, sudahku dah tahu jantan betinanya’.

Ini adalah suatu contoh mudah dalam membaca atau menilai hati budi seseorang. Bukan membaca hati budi seseorang dari sumber catatan.

Maka sebab itu Allah swt menurunkan wahyu melalui malaikat kepada Rasulullah saw yang ‘ummi’ (tidak tahu membaca dan menulis sehingga akhir hayat) yang memberi makna bahawa ‘IQRA’ itu membaca bukan sahaja dalam bentuk tulisan.

Manakala perkataan ‘tilawah’, ‘yatlu’ atau ‘utlu’ seumpamanya membawa makna bahawa objek yang dibaca itu mesti sesuatu di dalam bentuk tulisan atau catatan. Catatan atau tulisan yang dibaca itu pula mestilah sesuatu yang datangnya dari Allah swt berupa wahyu.

Oleh sebab itu di dalam Al-Quran kita sering menemui perkataan seperti ini (tilawah, yatlu, utlu dan seimsalnya) akan disusuli dengan wahyu sama ada wahyu Quran, Injil yang diwahyukan kepada Nabi Isa, Taurat kepada Nabi Musa atau juga dalam bentuk suhuf-suhuf (mashaf) kepada nabi-nabi yang lain.

Ianya datang daripada Allah swt yang bersifat ‘pasti benar’. Maka si pembaca itu tiada pilihan melainkan mesti taat sekiranya perkara yang dibaca itu merupakan ayat-ayat perintah. Dan pada ayat-ayat larangan pula sipembaca mesti jauhi.

Manakala bacaan dari sumber perkataan ‘iqra’, ‘qiraah’, ‘yaqra u’ dan seumpamanya kita diberi pilihan. Kita boleh ikuti sekiranya menghendaki atau juga boleh mengabaikan sekiranya bahan bacaan itu bukan bersumber dari wahyu seperti majalah, buku dan akhbar harian.

Semuga dengan penjelasan yang ringkas ini akan ada manfaatnya bagi pembaca sekalian.

Allahu 'alam

Viewing all 191 articles
Browse latest View live